![]() |
Sauh dilabuh, agar hidup kekal berpaksi |
Kota Kinabalu bukan satu bandar asing untuk aku dan isteri. Memang, kami telah sampai ke sana malahan Kota Kinabalu menjadi tempat pertama pertemuan isteri dan family aku sebelum kami berkahwin lagi. In a way, Kota Kinabalu punya cerita sendiri pada aku dan isteri.
Namun, perjalanan kali ini berbeza sekali. Sungguh berbeza. Pertama, trip kali ini bukan sahaja aku dan isteri malah turut ditemani oleh dua keluarga dari rakan pejabat. Sungguh mengujakan bila mana kebiasaan perjalanan yang hanya berdua namun kali ini ditambah dengan 7 anggota lain. Bersama rakan, pengalaman percutian nyata berbeza. Di tambah dengan kehadiran 3 anak kecil yang very cheeky, perjalanan tidak pernah jemu.
![]() |
Us, at KK Airport Terminal |
Baik, kami tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu sekitar jam 11.00 pagi. Memang sudah dirancang dari awal bahawa kami akan terus ke Kundasang. Kebetulan tiada antara kami yang pernah sampai ke Kundasang maka percutian kali ini tambah mengujakan. Oh ya, cerita perihal perancangan, semuanya dibuat sendiri sejak dari Kuala Lumpur lagi. Asalnya tempahan sebuah Innova dilihat memadai namun melihat beg yang dibawa oleh mereka-mereka yang beranak pinak, Innova seems like Kancil. Itu cerita lain.
Ok, sebuah van disewa. Memang selesa. Anak-anak boleh melunjur kaki. Para suami boleh bergilir menjadi pemandu. Beng semua muat di bahagian belakang. Kaz even cakap van ini boleh ditukar jadi camper kalau keadaan terdesak. Hish, tak dapat nak bayang. Ok, jangan bayangkan.
Sepanjang perjalanan ke Kundasang dari Kota Kinabalu, cuaca cerah. Namun tiada kelibat Gunung Kinabalu yang kelihatan lantaran awan tebal. Cuaca sedikit sejuk namun tak cukup chill. Kami singgah di Pekan Nabalu untuk lunch. Sepatutnya pemandangan restaurant adalah mengadap Gunung Kinabalu namun kerana awan tebal, hanya kabus putih kelihatan. Ada drizzle sikit-sikit cukup untuk buat seperti berada di negara asing.
Kami tiba di Pekan Kundasang sekitar jam 3.00. Pekan kecil yang tenang. Tak banyak kenderaan. Gerai sayuran memanjang ditepi jalan. Ada kedai-kedai makan. Selebihnya hanya lembah yang nampak dari kejauhan. Menghijau di kaki Gunung Kinabalu. Rumah-rumah kecil diantara lembah berbalam-balam. Sekali angin menderu, dingin menyapa pipi. Tenang sungguh. Tenang sehingga kami masing-masing berimpikan untuk menetap di Kundasang suatu hari nanti. Itu cerita lain.
Sesampai ke sana, terus ke hotel untuk check in. Hotel memang sudah ditempah sejak dari Kuala Lumpur lagi menggunakan Agoda. Perjalanan dari jalan besar untuk ke hotel juga satu cerita menarik. Pheeww, bergetar lutut bila difikir kembali. Jalan berbatu yang curam, jauh ke dalam dan ke atas dengan kiri kanan adalah hutan dan lembah. Memang jauh dari kesibukan manusia.
Petangnya, setelah selesai kemas diri kami bergerak ke Dairy Farm. Fuhh, selain perjalanan yang juga curam dengan van yang nampak gagah namun gayat, pemandangan di Dairy Farm begitu stunning sekali. Bayangkan begini, lembah hijau dengan rumput berbukit bukit. Ada pagar putih kayu memagari dengan design petak-petak. Ada lembu hitam putih meragut. Background gunung dengan awan berarak. bau hutan yang segar dengan sikit-sikit bau lembu. Cuaca sejuk dengan titisan kecil air embun. Got it? Yeah, discription yang macam New Zealand namun ianya di Kundasang. Sumpah cantik.
![]() |
Gunung Nenek Moyang |
Selesai di Dairy Farm, awan yang menutupi Gunung Kinabalu awal tadi sudah mula cleared. And now di hadapan kami tersergam gunung yang sangat besar. Bayangkan cerita Game of Throne, ada satu wall besar putih. Yup, itu perasaan yang dirasa. Rasa chill campur goosebumbs tengok betapa tinggi Gunung Kinabalu. Very mystical feeling. Tak pelik la kenapa orang zaman dulu dari suku Kadazandusun dekat situ percaya semangat nenek moyang yang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu. Sebab menang Gunung Kinabalu nampah gah. Hatta nama Kinabalu sendiri berasal dari bahasa Kadazandusun, 'Aki' iaitu Nenek Moyang dan 'Nabalu' iaitu gunung. Gunung Nenek Moyang. Dang, rasa tak goosebumbs?
On the way balik dari Dairy Farm, singgah dinner di satu restoran dedat Pekan Kundasang. Makanan di Kundasang bukan lah murah sangat. Berpatutan sebab portion dia besar. Sedap di makan cuma banyak pakai MSG (at least untuk sizzling mee). Sampai hotel, hari sudah gelap. Pelan asal untuk lepak di belkoni namun terpaksa pospone kerana masing-masing dah letih. Aku dapat dua katil single, so terpaksa re-arrange balik bagi jadi macam queen size. Dekat Kundasang kot. Takkan nak tidur single bed. Ok, itu cerita lain.
Good night,
Wira
12 Dis 13