![]() |
Penggunaan kayu api masih menjadi rutin lantaran sumber gas asli yang mahal |
Pahalgam merupakan satu pekan kecil di Kashmir. Selain Srinigar yang menjadi tarikan utama kerana bersejarah dan terkenal dengan Tasik Dal, Pahalgam pula terkenal dengan Lembah Kashmir. Ia terletak kira-kira 4 jam perjalanan menggunakan kenderaan 4WD dari Bandar Srinigar. Sepanjang perjalanan, pengunjung akan disajikan dengan pemandangan yang begitu cantik dan berbeza-beza antara setiap pekan.
Pekan Pahalgam hanyalah pekan kecil yang langsung tidak sibuk. Seperti biasa, berada di Kashmir, kawalan keselamatan sedikit ketat berbanding di kawasan lain di India. Seperti juga Srinigar dan Gulmarg, Pahalgam juga punya kawalan keselamatan sendiri. Namun apa yang membezakan Pahalgam ialah, kawalan keselamatan di pekan ini berada hanya di pintu masuk pekan sahaja. Ini menyebabkan tiada kelibat anggota keselamatan di sekitar pekan Pahalgam berbanding pekan lain. Ditambah dengan ketenangan pekan itu sendiri, ketiadaan anggota keselamatan memberikan perasaan aman dan damai sekali.
![]() |
Gadis Kashmir menggunakan sumber air bersih dari pergunungan untuk tujuan membasuh dan minum |
Tarikan pelancongan di sana ialah Lembah Kashmir yang begitu luas. Ia meliputi kawasan pergunungan dan hutan yang perlu diterokai jika sampai ke sini. Berbeza dengan Gulmarg yang hanya menyajikan kawasan gunung bersalji, Pahalgam mempunyai denai, lembah, pekan kecil, hutan, bukit bukau, kuda, lembu, kambing biri-biri dan penduduk Kaum Nomad yang pemalu.
Majoriti penduduk di sini beragama Islam dan sepertinya mereka ini lebih berminat untuk menyertai Pakistan berbanding dengan berada dalam India (this is purely my observation). Makanan di sini juga lebih mahal berbanding di Srinigar. Kashmir yang terkenal dengan Nasi Briyani resepi tinggalan Empayar Mongul sebenarnya begitu berbeza diantara sesebuah pekan. Di Pahalgam sendiri, Nasi Briyani adalah amat pedas namun di Srinigar masakan Nasi Briyani bukan merupakan satu pilihan popular penduduk di sana.
![]() |
Kaum Nomad yang berada di pergunungan Pahalgam sedang membasuh pakaian |
Selain penduduk asal, bangsa Kashmiri yang bertutur dalam bahasa mereka tersendiri, terdapat juga golongan Nomad. Mereka ini sebenarnya penduduk yang lebih asal dari kaum Kashmiri sendiri. Malahan, ketika Empayar Mongul menakluk jajahan ini, penduduk nomad sudah mula menetap di kawasan pergunungan sekitar Kashmir. Mereka ini tidak lagi berpindah dari satu tempat ke satu tempat sebaliknya menetap di satu penempatan khas yang diperbuat dari tanah liat. Rumah mereka jauh di tengah hutan dan hanya sesekali kaum lelaki akan keluar ke pekan bagi mendapatkan sumber keperluan. Mereka hidup dengan menternak kuda, lembu dan kambing biri-biri.
![]() |
Kuda merupakan pengangkutan utama di Pahalgam. Ia juga merupakan tarikan pelancong |
Cuaca di Pahalgam lebih sejuk berbanding tempat lain di Kashmir. At least lagi sejuk dari Srinigar. Suhu pada waktu malam sungguhpun pada musim panas tetap sejuk. Jika winter, seluruh Pahalgam akan membeku dengan salji termasuk anak-anak sungai. Tak dapat dibayangkan seluruh kawasan bukit bukau hutan pokok pain akan membeku dan memutih.
![]() |
Lembah Kashmir, satu kawasan hutan pokok pine yang bersih dan menyegarkan |
Yeah, penulisan blog kali ini nampak lebih kepada ulasan rencana berbanding penceritaan pengalaman. Well, untuk makluman, trip ke Pahalgam oleh saya dan Isteri was in 2012. Too bad waktu tu tak ada sebarang rekod penceritaan kecuali gambar dan kenangan manis kami berdua di sana. Lesson learned. Jangan dirisau, from now onwards, kalau ada event menarik, I'll try to record and shared. More me style instead of Astro Awani style. But, I'm sure you guys enjoy the photo.
WIRA
13 Dis 2013