Saturday, 11 January 2014

Sandakan, The Nature City - Day 3(a)

,

Wife berdiri di siar kaki celah-celah perumahan Kampung Buli Sim Sim. Ini merupakan perkampungan atas air.
11 Jun 2012
0729, Restaurant Amiemorita
Pagi tadi bangun seawal 0530. Lepas solat aku layan tengok televisyen. Tak tidur pun. Kagum dengan diri sendiri. Semalam tak perasan tidur what time. Aku tahu lepas persembahan Najua Nasir aku tweet pasal Amy Search jaga hati Shaz sebab tu pilih dia , pastu terus tak sedar. Hehe
Sekarang sedang sarapan. Restaurant pun depan hotel sahaja. Pilih restaurant ni sebab ada orang sedang makan. Kedai lain kosong sahaja. Nasi goreng dia sangat dry. Aku memang tak boleh makan kering kering ni. Minta sup, sup belum didih, so makan dengan sos sahaja. Ok, jemput makan semua.
0823, Restaurant Seafood Kg Buli Sim Sim
Fast updates, aku dan wife lepak di Restaurant Seafood atas air. Tak order apa-apa. Saja lepak ambil bayu laut. Heaven. Ok guys, continue later. Bye.
Keadaan rumah yang rapat antara satu sama lain. Ketika air surut, nampak sampah-sampah dibuang ke dalam air. Tetapi, bukan semua rumah macam tu. Ada yang cantik. Ada yang siap buat pagar jaring dalam air untuk halang sampah masuk bawah rumah.
Wife di Restaurant Seafood Kampung Buli Sim Sim. Awal pagi ni. Belum ada makan lagi. Pekerja sibuk beli ikan dan berkemas
Salah satu kapal nelayan kecil yang singgah untuk jual ikan kepada pihak Restaurant
Seorang penduduk kampung mengasingkan ikan. Katanya untuk dibawa ke pulau berdekatan. Tak pasti untuk makan atau untuk diberi kepada ikan lain.
1036, Bus Bt 2 dari Kg Buli Sim Sim ke Sandakan
Ok, tadi pagi lepas sarapan, aku dan wife jalan kaki ke tempat teksi. Kami asalnya plan untuk ke Pulau Selingan dan Kg Buli Sim Sim. Lepas dapat good deal dengan pakcik teksi, dia bawa kami ke Jeti untuk ke Pulau Selingan. Pulau Selingan merupakan kawasan pemuliharaan penyu. Malangnya, setelah bincang dengan tour operator, mereka tidak sediakan boat untuk day trip. Untuk ke Pulau itu memang tiada boat penambang. Hanya ada satu trip pukul 0900 ke sana dan satu trip pukul 0700 pagi dari sana. Pengunjung perlu tidur di Pulau Selingan. Logik la sebab orang tengok penyu bertelur pun waktu malam. So kami terpaksa batalkan plan itu. Mujur dah suruh pakcik teksi tunggu sementara aku pergi tanya. Next time saja ke Pulau Selingan itu. Jadinya, kami hanya ke Kampung Buli Sim Sim.
Penduduk menggunakan air dari tangki. Ada yang dua tangki, ada yang hanya satu tangki sahaja
Ini rumah pemilik Muslim. Laluan ke rumahnya memang hanya dia sahaja yang tinggal. Jadi dia buat pagar dan kunci.
Menahan bus untuk ke Pekan Sandakan dari Kampung Buli Sim Sim
Kampung ini merupakan kampung air. Ada penduduk Cina, Melayu dan India di sini. Aku dan wife sekadar jalan-jalan disekitar kampung ini sahaja. Kampung ini juga merupakan salah satu tarikan pelancong di Sandakan. Ianya terkenal dengan makanan laut. Rumah atas air ini bukan simple-simple cincai sahaja. Dia dibuat dengan begitu teliti dan kukuh. Kayu yang digunapakai juga berkualiti. Cuma rumah dia rapat-rapat dan jalan juga agak sempit.
*Alamak, dah sampai pun Pekan Sandakan. Nanti sambung cerita Kampung Buli Sim Sim. Tambang RM0.50 sahaja. Tadi naik teksi RM15. Huhu.*
1329, Bilik 324 Hotel Swiss-Inn
Pasar Sandakan, ruangan menjual buah-buahan

Ruangan menjual daging. Notice tak daging dijual dalam peti. Jadi tiada lalat ataupun bau yang tidak menyenangkan

Ruangan jual ayam, ayam juga siap diproses dan di-wrap dengan plastik

Ruangan ikan, ini di bahagian belakang. Ini sahaja yang lantainya basah. Lain-lain bahagian kering kontang.

Penjual menjual Mempelam Telur dan mangga. Tak pasti asal Sandakan atau dari Filipina

Ok, now lepak bilik. Baru sampai sangat-sangat. Meh continue cerita Buli Sim Sim. Kami jalan bermula di kawasan rumah Cina. Lepak direstaurant seafood. Tak makan apa-apa. Sekadar lepak sahaja sebab kedai ini berada dihujung sekali mengadap laut. Boleh juga tengok perahu-perahu kecil singgah untuk jual ikan-ikan yang mereka tangkap. Ada ikan bawal, ikan merah, ikan kerapu dan juga ikan tongkol. Semua dalam kuantiti kecil sahaja. Malah ikan ini ada yang masih hidup. Fresh. Bila ditanya bila tangkap, mereka kata pagi tadi. Padahal time itu baru 0830. Nampak sangat mereka keluar ke laut lebih awal dari itu.
Meratah ikan bakar dan sotong bakar di Kampung Buli Sim Sim
Dari situ, aku jalan ke kawasan rumah Melayu pula. Memang jelas la berbeza. Sedih aku. Rumah atas laut pun ada beza kelas antara kaum. Hehe. Seterusnya jalan sampai ke kawasan grilled fish and seafood. Itu kawasan Malay area. Masa itu baru 0930. Kami dah sarapan pun. Tapi bau asap ikan bakar menyebabkan kami singgah juga. Makan la ikan seekor dan sotong dua ekor dengan air kelapa. Ikan aku makan secubit sahaja. Wife habiskan semua. Sotong aku makan semua. Sedap sungguh. Simple marinated ja. Pakai kunyit dan garam. Sos dia kot sedap. Cili dengan bawang putih.
Lepas makan, kami jalan slow and steady untuk ke Sandakan. Memang kami tahu jauh. Just jalan sambil nak catch the bus. Alhamdulillah sekejap sahaja bus sampai.
Sampai sahaja Pekan Sandakan, kami bergerak ke Pasar Sandakan. Besar pasar ni. Aku rasa ini pasar basah paling bersih aku pernah jumpa. Kawasan jual daging tak ada lalat langsung. Daging dia simpan dalam peti khas bercermin kaca. Kawasan ikan di belakang. Juga bersih dan tiada lalat. Pasar terletak di tepi laut. Dekat dengan Sandakan Harbour juga. Ada juga jual buah dan sayuran termasuk makanan tradisional seperti kueh cincin. Tak beli apa pun kecuali kueh cincin untuk bawa ke pejabat dan sedikit ikan bilis dan udang kering.
Lama kami di situ. Tingkat 2 ada jual baju dan barang-barang manik. Ada juga kedai makan macam food court. Tingkat 3 pun food court juga. From Pasar basah kami berjalan balik ke hotel.
Gambar dari tingkat tiga Pasar Sandakan. Pekerja memunggah ais ke dalam kapal
Sekarang ada di hotel. Ralat juga sebab tak dapat ke Pulau Selingan. Di sini tak jumpa pun service sewa motosikal. Kalau nak bergerak ke luar Pekan, agak jauh kalau jalan kaki. Kalau nak naik bus, kekangan masa pula. Nak naik teksi, cost pula yang mahal. Tambah-tambah kalau ke kawasan yang masuk ke dalam. Belum tentu ada bus sampai ke situ.
Aku rasa budak ini tinggal di atas kapal. Dia akan ulang alik dengan perahu kecil untuk ambil keluarga dia dari tebing ke kapal mereka tinggal
Aku sebenarnya teringin nak ke Sandakan Memorial Park. Aku rasa banyak history situ tapi fikir-fikir balik. Tak apa lah. Next time maybe. Nak rest aja petang ni.

0 comments to “Sandakan, The Nature City - Day 3(a)”

Post a Comment