 |
Gambar lama pandangan udara Bandaran Sandakan, aku curi snap dari Muzium Sandakan |
Ok, tadi lebih kurang pukul 1230, kami mula bergerak. Memang cadangnya nak gerak mengikut Sandakan Heritage Trail. Cuma tak akan ikut semua. Mungkin separuh sahaja. Dari hotel, kami bergerak ke Masjid Jame’ As-Sheikh Hasbullah At-Tohiri. Ini merupakan hentian pertama dalam trail ini. Masjid ini berada di atas bukit. Sekarang ini dalam keadaan sedang dibaikpulih. Rasanya ini masjid pertama di Sandakan kot. Tidak banyak maklumat pasal Sheikh ni. Di kawasan masjid pun tiada macam papan info atau risalah. Tapi boleh tahan ramai orang sebab baru lepas Zohur. Sini Zohur pukul 1240 macam tu. Aku terus solat di situ sahaja. Sheikh ini dikatakan penyebar agama Islam ketika zaman Kesultanan Sulu dahulu.
Lepas dari situ, kami meneruskan perjalanan ke next location. Ianya Muzium Warisan Sandakan danWilliam B Pryer Monumen. Dekat dekat saja dua tempat ini. Muzium ini asalnya bangunan pentadbiran Sandakan. Tapi sekarang dijadikan muzium dan pusat informasi pelancongan. Muzium ini ceritakan pasal asal Sandakan. Ada gambar lama-lama juga di sini. Penempatan di sini bermula sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Sekarang, bandar ini didominasikan oleh etnik Cina. William Pryer pula dikatakan founder of Sandakan. Agak bercanggah la maklumat itu dengan maklumat dalam muzium. Macam mana you kata you founder bila sebenarnya dah ada orang asal dekat situ. Kan? Founder ni macam Parameswara jumpa Melaka. Kalau setakat macam Columbus jumpa Ohio, itu bukan founder. Hehe. Lari tajuk.
 |
Stairs of Hundred Step |
Seterusnya, jalan kaki naik tangga. Nama tangga ni Stairs of Hundred Steps. Melayu cakap Tangga Seribu (???). Tempat ini sunyi. Nak masuk memang ala-ala seram juga la. Sebab kiri kanan hutan. Awal-awal naik tangga. Kemudiannya hanya slope. Jauh juga panjat Tangga Seribu ni. Sampai la ke atas ada sikit tangga balik. Ada juga kawasan tanah runtuh. Aku cadangkan jangan naik sorang diri. Jangan naik waktu malam juga. Memang mistik kawasan ini. Aku tak tahu apa sejarah Tangga Seribu. Dia ni macam short cut untuk naik ke puncak Jalan Istana. Di Jalan Istana ini ada banyak rumah besar-besar. Juga kediaman Residen Sandakan.
 |
English Tea House |
Sampai sahaja ke puncak, kami jalan ke English Tea House. Ini katanya dulu kuarters kerajaan juga. Tea House ini baru dibuka pada tahun 2002. Ingat nak ambil gambar sahaja. Tapi sebab dah sampai dan berpeluh sakan, maka kami singgah juga untuk hilangkan dahaga. Kerana ianya English style hance the price pun ala ala Eropah. Tapi kami duduk bawah pokok. Time sampai ada ramai juga orang having lunch. Kami ja minum dan makan desserts. Itu yang ada tulis blog pendek atas tu tadi. Hehe. Di sini ada padang lapang untuk game Croquet, the Lord of Lawn Sport. Highly ethical English game yang guna kayu dan ketuk bola masuk dalam gelung. Tapi siapa nak main tengahari rembang. Jadi kami ambil gambar padang sahaja. Aku wonder, why being British Colonial, game ini tak dipolularkan di negara kita. Hmmm.
 |
Agnes Keith’s House |
Dari English Tea House, kami berjalan untuk ke Agnes Keith’s House. Untuk masuk ke sini kena bayar tiket RM2. Rumah ini diselenggarakan oleh Muzium Sabah. Sebenarnya, rumah ini sudah lama ditinggalkan dan hampir roboh. Ianya dibangunkan semula pada tahun 2001 dan dibuka kepada public pada tahun 2004. Ramai sudah menginap di rumah ini sejak 1930-an lagi. Tapi kenapa Agnes paling famous? Ini kerana, Agnes antara yang awal menginap rumah ini. Selain itu, suami beliau merupakan Conservator of Forest. Rumah ini ala-ala kuarters untuk pegawai hutan Sabah. Tapi ada banyak tahun juga rumah ini tiada penghuni. Banyak la juga cerita hantu pasal rumah ini selepas 1950-an. Tapi tak di-highlight oleh Muzium Sabah. Duhh. Ok, Agnes kahwin dengan Harry. Harry ini yang kerja hutan. Agnes adalah penulis. Dia terbitkan buku Land Below the Wind pada tahun 1939. Buku ini menang anugerah di peringkat dunia dan mempopularkan Sabah. Aku rasa Agnes yang namakan Sabah, Negeri di Bawah Bayu dan digunapakai hingga ke hari ini. Selain buku itu, beliau juga tulis buku Three Came Home, menceritakan detik mereka sekeluarga kena tangkap dan dipenjarakan oleh Jepun. Juga buku White Man Returns pada tahun 1951 apabila Herry kembali bekerja sebagai pegawai hutan. Mereka meninggalkan rumah itu pada tahun 1951. Sejak dari itu, pengganti Harry tinggal disitu. Mereka menggelarkan rumah itu sebagai Rumah Agnes Keith.
 |
Agnes Keith’s House interior |
Ok, dari Agnes Keith’s House, kami berjalan menyusuri Jalan Istana untuk ke bandar Sandakan. Sengaja kami tak melalui Tangga Seribu. Hehe. Boleh tahan jauh juga berjalan. Kalau ikut Heritage Trail, perlu ke jalan Seraya untuk visit Temple dan Church. Tapi kami skip dan terus ke Temple yang lain. Dari situ, kami jalan sampai ke tepi laut dan pengkalan navy. Singgah sebentar kedai serbaneka dan beli minuman dan makanan ringan. Jalan lagi hingga ke hotel. Sepanjang jalan, penuh manusia. Mungkin hari Ahad kot. Seriusly, aku tak dapat bezakan Melayu, Dusun, Bajau, Filipina atau Indonesia. Semua nampak sama sahaja. Hehe. Balik bilik masak air dan makan meggie. Belum pasti apa plan untuk malam ni dan esok. Ada beberapa kawasan lagi yang menarik. Pasar Basah, Buli Sim Sim dan mungkin Pulau Selingan. Tengok la nanti macam mana.

Lupa pula, sikit ulasan dan tips untuk Sandakan Heritage Trail. Baik, pihak majlis memang banyak sediakan peta haritage trail ini. Siap ada lambang tapak kaki untuk tunjukkankan kita di haluan yang betul. Akan tetapi, jarak dari satu tempat ke satu tempat adalah jauh serta tidak sesuai untuk berjalan kaki. Terutamanya dari rumah Agnes ke Goddess of Mercy Chinese Temple dan St Michael’s and All Angels Church. Sepatutnya dalam peta mungkin boleh letakkan jarak dari satu tempat ke satu tempat. Pada aku, heritage sites number 1,2,3,4,9,10 dan 11 adalah doable untuk berjalan kaki. Walaupun terpaksa panjat Tangga Seribu. Sediakan air botol kerana sepanjang perjalanan, susah nak jumpa tempat jual air kecuali bila dah sampai pekan Sandakan. Bergerak awal pagi dan bukan lewat petang. Kalau pukul 1200 itu still ok. Kalau pukul 1500 itu dah lewat. Kecuali naik kereta lah. Agnes House tutup pukul 1700. Ingat sini Sandakan. Pukul 1840 sudah Maghrib. Naik Tangga Seribu mulut janganlah celupar. We never know. Lain-lain aku rasa tiada apa masalah. Pengalaman menarik.
Wife tidur sekarang. Televisyen terpasang. Mungkin aku turun sekejap kedai depan hotel ini minum kopi. Depan hotel ni banyak restaurant. Dia bukan jalan besar. Macam alley macam tu. Pejalan kaki sahaja lalu lalang. Ok, later aku wrap.
2110, Bilik 324 Hotel Swiss Inn
Aku sedang lepak sambil tengok Mentor Final di TV3. Dah nak tidur pun sebenarnya. Nak wrap dulu. Ok, tadi petang tak buat apa-apa. Lepas siap mandi just tunggu Maghrib sekejap. Lepak tengok gambar yang ambil dekat Sandakan. Charge handphone and camera. Dalam pukul 2100, pergi makan dekat Sandakan Harbour. Dekat sangat dengan hotel. Jalan kaki sahaja. Banyak kedai dah nak tutup. Sebetulnya, Sandakan memang tidur awal. Kita anggap berita jam 8 tu baru nak bermula malam, mereka silap-silap berita jam 8 tu waktu nak masuk tidur. Tadi makan biasa-biasa saja. Nasi goreng. Dah kenyang meggie petang tadi sebenarnya.
What for tomorrow? Surprise surprise. Hehe. Esok mungkin sekitar Sandakan sahaja. Ada a few landmarks lagi yang tak pergi. Itu ja untuk day 2. Nak tengok Mentor. Mungkin tertidur saja nanti. Jauh jalan tadi siang. Night.