1608, Sandakan Memorial Park.
 |
Peta Sabah menunjukkan jarak POW bergerak dari Sandakan ke Ranau. 200++ km. |
Hehe, historical piece kot. Mana tahan. Kena melawat juga la. Datang dengan bus sahaja. Nanti aku cerita sikit tips untuk ke sini dengan bus. Nak menghayati kisah tahanan perang (POW) sekejap.
1839, Bilik 324 Hotel Swiss In
Kawasan Sandakan Memorial Park (SMP). Ada juga penduduk yang beriadah di sini. Masuk adalah percuma
Boiler. Pada zaman Jepun. Digunakan untuk menjana elektrik
Dah siap mandi. Dah siap beli dinner. Sekarang lepak saja dalam bilik tengok Korusuke di TV3. Akan continue cerita Sandakan Memorial Park.
Lepas balik dari Pasar Basah, kami memang tak plan nak ke mana-mana. Tapi tetap rasa ralat kerana tak dapat pergi ke Sandakan Memorial Park (SMP). Lepak fikir fikir, alang-alang dah sampai why not tak pergi saja. Dah la tak dapat pergi Pulau Selingan. Takkan SMP pun tak pergi. Lagipun ada lagi 3 jam sebelum pukul 1700.
Ini katanya store dan dapur tentera Jepun.
So, we make up our mind. Google di mana SMP dan pergi saja. SMP terletak di Batu 8. Kami pergi dengan menaiki bas. Tunggu bus dekat Stesyen Labuk Sdn Bhd. Dekat dengan stesyen minyak Shell. Kebetulan ada bus yang hendak ke Bt 32. So aku tanya conductor tu, dia kata berhenti di Bt. 8. Tambang hanya RM1.70 sahaja. Landmark dia adalah roundabout yang ada patung buaya berdiri. Sampai sahaja roundabout itu, picit loceng dan turun. Kemudian ada signboard ke SMP. Kena berjalan lebih kurang 200m ke SMP. Masuk adalah percuma. Kawasan SMP ini dikelilingi oleh perumahan. Baik, sedikit pasal SMP.
 |
Buku memorial mengandungi gambar-gambar tahan perang yang meninggal dunia |
SMP merupakan tapak asal kem tahanan perang (POW) Sandakan ketika zaman Jepun. Sekitar Januari hingga Ogos 1945 sewaktu Jepun menduduki Sandakan. Pada tahun 1942 hingga 1943, tentera Jepun membawa 2,700 tahanan perang Australia dan British ke Sandakan. Kebanyakan mereka ditangkap di Singapura sewaktu Jepun mula menduduki Asia. Tahanan perang ini digunakan sebagai buruh untuk membina lapangan terbang dan kerja-kerja kasar yang lain. Tahu kan kisah kejamnya tentera Jepun? Tahanan perang juga dikenakan tindakan yang sama malah lebih teruk. Diseksa, dipukul, dibiarkan kelaparan dan sebagainya. Bila tentera bersekutu mengebom lapangan terbang Jepun, Tentera Jepun bercadang untuk memindahkan tahanan perang ini ke Ranau. Yes, 240km ke barat Sabah. Dengan hanya berjalan kaki meredah hutan. Waktu itu ramai yang mati. Ada sebab sakit dan ada sebab kena seksa. Jadi, dari 2,700 tahanan perang, hanya 6 orang yang hidup. Lain-lain mati sama ada masa on the way ke Ranau, di Ranau atau di Sandakan sendiri. Tapi kubur-kubur yang di Sandakan semua sudah dipindahkan ke Labuan. Kawasan kem tahanan itulah dijadikan Sandakan Memorial Park. Aku budget ada lagi body yang tak dipindahkan. Mesti ada punya. Sebahagian kawasan kem itu sekarang dijadikan perumahan. Scary!!
Di SMP ini ada beberapa artifak tinggalan Jepun seperti kapal korek untuk buat lapangan terbang, ada boiler air untuk hasilkan stim bagi hidupkan alternator untuk hasilkan elektrik, ada tangki air dari konkrit dan store serta dapur tentera Jepun.
Kawasan ini menerima kunjungan dari pihak Kementerian Hal Ehwal Vateren Australia. Mereka sponsor untuk bangunkan memorial ini. Setiap tahun, mereka datang ke sini untuk upacara peringati tahanan perang yang mati. Ada juga buku autograf yang ada tandatangan sanak saudara tentera yang mati.
Selepas selesai melawat, kami balik ke Pekan Sandakan dengan menaiki van (bas mini). Van memang ada depan gate SMP itu. Tambang hanya RM2 sahaja. Puas hati rasa dapat datang ke sini.
Baik, sampai sahaja Pekan Sandakan, terus beli dinner dan balik ke bilik. So tak perlu keluar untuk makan lagi. Stock makanan cukup sampai esok pagi.
 |
Di hadapan galeri pameran. Menceritakan mengenai sejarah SMP ini. |
Sikit ulasan dan tips, aku rasa Sandakan ini menarik. Banyak history and very backpacker friendly. Public transport juga banyak. Selain teksi, bus dan van juga banyak dan meliputi hampir semua kawasan. Cuma perlu tahu mana nak naik sahaja. Penduduk Sandakan overall macam friendly. Tapi susah nak tau mana local mana pendatang. Semua macam sama sahaja. Makan juga senang. Ada fastfood dan local food. Tak banyak beza pun. Time pergi Pasar Tamu aku expect ada macam kala jengking goreng atau ulat beluncas masak lemak, tapi tak ada pun. So aku anggap makanan dia biasa sahaja. Untuk ke Kg Buli Sim Sim pun senang. Naik sahaja bus yang tulis Buli Sim Sim atau naik teksi. Tak jauh sebenarnya. Tapi bagus kalau ada local teman kita. Bole dia cerita sikit. Sebab bukan ada signboard penerangan pun dekat kampung ni.
Ikan bakar macam biasa. Sedap dan harga memuaskan. I bet seafood area lagi best cuma kami tak berkesempatan pergi. Siapa yang berani cuba, boleh try. Kami pergi pagi, tokey kedai baru nak beli ikan dari nelayan. Maybe next time sahaja. Dari apa aku dengar, makanan dia murah juga. Dan ikan dia fresh.
Aku rasa itu sahaja kot. Nak wrap untuk day 3. Esok dah nak balik dah. Flight pukul 1025. Boleh terserempak pulak dengan pakcik teksi yang hantar ke Buli Sim Sim pagi tadi. Dia beriya nak hantar ke airport. So ok lah, esok at 0900 dia tunggu di lobi. Lagipun kami dah check in online. Esok hantar masuk luggage sahaja. Ok, nak melayan Sandakan di malam terakhir. Bye. Good Night.