Wednesday, 8 January 2014

Sandakan, The Nature City - Day 1 (B)

,

Ini hentian bus di Pekan Sandakan. Di sini ada tiga hentian bus. Ada hentian bus ekspress untuk pergi jauh. Kalau nak ke Sepilok itu local sahaja. Jauh itu macam Kota Kinabalu atau Tawau. Kami naik bus Batu 14 Sepilok
1116, Bus Henti-Henti Batu 14 Sepilok
Now atas bus tengah menunggu bus nak gerak ke Sepilok. Tadi lepas landing tunggu sekejap untuk ambil beg. Aku tanya dekat kastam macam mana nak ke Sandakan. Dia kata kena ambil teksi sebab stesyen bus jauh dan terhad. Kami mundar mandir dulu di airport dan ternampak seorang lelaki. Dia duduk di seat depan aku dalam flight. Wife suruh tegur dan tanya sebab sangka dia orang Sandakan. Mana tau dapat tips cara murah untuk ke Kota Sandakan. Oh ya, kalau naik teksi, boleh beli kupon. Pegawai Kastam cakap harga kurang RM30. Kami rasa mahal. Tapi lepas tu baru kami tahu rupanya jauh juga airport dan Pekan Sandakan.
Baik, cerita pasal lelaki jiran dalam flight tu, aku tegur la tanya. Dia jawab dia orang Semenanjung juga. Aku tanya kerja sini?, dia kata ya kerja sini. Jadi aku tanya pasal cara nak ke Sandakan, dia pun fikir naik taksi paling ideal. Ok fine. Aku tanya asal mana sebab slanga dia macam utara. Dia jawab Kedah. Ok fine. Orang kampung. Aku tanya Kedah dekat mana, dia jawab Baling. OMG, ini memang orang kampung. Aku tanya Baling dekat mana, dia jawab dulu dok Kg Haji Abas, sekarang dok Charok Nau. Binggo. Memang orang kampung. Dia kenal Pak Non, Paklong Murthi dan Tok Njang. Itu takpe, good news is yet to coming. Jeng jeng jeng, dia ajak tumpang kawan dia yang nak ambil dia ke Kota Sandakan. Seperti kata pepatah, bagai orang mengantuk disorong bantal, aku setuju saja. Kawan dia orang Sungai Petani. Both of them cikgu mengajar di Sabah. Dia di Lahad Datu, kawan dia di Sandakan. Terima kasih Cikgu Nasri. Orang Baling memang cool.
Sedikit info pasal Sandakan, menurut sejarah, Sandakan pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri Borneo Utara semasa zaman pemerintahan British. Kawasan ini juga pernah menjadi tapak pembinaan padang terbang (airfield) tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Selain itu, Sandakan pernah berada di bawah pemerintahan Sultan Sulu pada awal tahun 1870-an.
Nama Sandakan pula sebelum ini adalah Elopura, yang membawa maksud Bandar yang Indah. Beberapa tahun kemudian, namanya ditukar kembali ke Sandakan. Nama Elopura masih digunakan sehingga sekarang terutamanya nama beberapa buah sekolah dan Dewan Undangan Negeri  ( N.45 Elopura).
Kesan perang dan pemerintahan penjajah luar meninggalkan Sandakan dengan tinggalan bangunan lama yang cukup berharga. Sandakan yang nyaris ranap ketika Perang Dunia Kedua bernasib baik kerana masih terdapat  beberapa buah bangunan pelbagai usia yang masih ada untuk tatapan umum.
Now naik bus henti-henti on the way ke Sepilok. Malam ini kami akan bermalam di Sepilok Jungle Resort. Hanya 5 minit perjalanan ke Sepilok Orang Utan Sanctuary. Ok, ada banyak cara untuk ke sana. Boleh sewa teksi, naik bus atau suruh pihak resort jemput. Cikgu Nasri hantar aku ke stesyen bus local. Kebetulan ada bus ke sana. Kami naik bus itu dengan tambang RM5. Aku rasa over price sebab aku tengok dalam internet sepatutnya RM4 sahaja. Bus ini akan stop dekat semua bus stop walaupun orang tak tahan. Conductor bus akan jerit batu 8, batu 11, batu 14. Atau bila malas dia jerit 8, 11, 14. Kadang-kadang ada orang naik kadang-kadang sepi.
Dalam bus berkenalan dengan seorang Solo Traveller dari Swiss. Dia baru lepas mendaki Gunung Kinabalu. Dia ingat nak lepak di Sandakan seminggu.
Perjalanan sepanjang ke Sepilok ada deretan kedai dan hutan-hutan sahaja. Off dulu, nak tengok scenery.
1340, Banana Cafe and Restaurant
Kawasan sekitar Sepilok Jungle Resort.
Sekarang sedang lunch. Makan di cafe resort ini sahaja. Tadi bus hantar sampai depan pintu hotel. Boleh tahan juga jauh dari main road. Esok kalau nak balik, maybe kena berjalan keluar. Bilik dah booking sebelum ini melalui Agoda. Nama resort ialah Sepilok Jungle Resort. Hanya lima minit perjalanan ke Sepilok Orang Utan Sanctuary. Lepas ambil kunci, terus masuk bilik simpan beg. Kemudian jalan-jalan sekitar resort. Ada pool, ada titi, ada kolam, ada jacuzzi juga. Memang betul-betul tengah hutan. Setakat ni semua guess yang kami jumpa adalah Caucasian. Wife order nasi goreng ayam, aku order nasi goreng nenas. Harga standard hotel. Nasib baik tadi tumpang Cikgu Nasri, dapat jimat budget. Hehe.
*Nak balik ke bilik and rest before tengok feeding Orang Utan at 1500*
1638, Bilik 58 Sepilok Jungle Resort
Siar kaki di Sepilok Sanctuary. Jauh juga untuk ke tempat feeding Orang Utan ini. Jalan kena hati-hati mana tau ada ular lompat dari atas pokok.
Sekarang lepak di bilik. Baru sampai dari tengok orang utan makan. Tadi selesai lunch, balik bilik memang tak sempat rest. Dah hampir 1430 waktu itu. Jadi siap-siap dan mula ke Sepilok Orang Utan Rehab. Perjalanan dari resort ke tempat Orang Utan hanya dalam 5 minit sahaja. Sampai dekat sana, terus beratur untuk beli tiket. RM5 untuk warganegara. RM30 untuk bukan warganegara. Tambahan RM10 kalau bawa kamera. Dari kaunter tiket, kita kena berjalan masuk hutan. Tapi bukan berjalan atas tanah. Mereka sediakan platform kayu macam titi. Jauh juga masuk ke dalam. Ada la dalam 10 minit juga. Itu memang hutan asli. Dengan bunyi unggas dan cengkerik. Agak gelap juga kalau dekat kawasan yang kanopi tebal. Sampai sahaja dekat feeding area, dia letak signboard Senyap (Silent). Aku dan isteri patuh la tapi, ada satu family ni dalam 9 orang semua pakai jersey Spain. Dia punya kecoh macam tengok Euro. Sabar ja la. Nasib baik orang utan datang juga. Oh ya, mereka orang local bukan orang Spain pun.
Gambar ikut clockwise : 1. Orang Utan yang lagi banyak main dari makan. 2. Pintu gerbang ke Sepilok Orang Utan Rehab. 3. Tiket RM5 dan tiket camera RM10.
Dalam pukul 1505, Orang Utan pertama datang. Dia diberikan buah dan susu. Cumanya, aku jangkakan akan ada sekumpulan Orang Utan yang datang. Sebaliknya, mereka datang one by one. Lepas seekor makan dan main lalu pergi. Datang seekor lagi. Pun sama. Makan, main dan pergi. Total semua ada dalam 4 ekor. Ketika yang terakhir sedang menjamu selera, dia telah diserang oleh lebih kurang 12 ekor monyet bontot merah. Baboon maybe. Kesian aku tengok Orang Utan tu terpaksa beralah. Show habis dalam pukul 1600 macam tu. Ada yang balik awal bila tak faham erti penghayatan flora dan fauna. Aku dan wife tunggu sampai team baboon take over tempat Orang Utan. Perjalanan balik melalui platform yang lain. Macam one way la.
Keluar sahaja, kami visit pusat informasi. Ada la dia cerita sejarah Sepilok Rehab ni. Siapa yang asas, Orang Utan – Orang Utan yang senior dan cara nak kekalkan mereka dari pupus.
Aku borak dengan seorang senior yang jaga tempat tu, dia kata now tengah upgrade lagi. Nanti next year akan buka tempat bagi orang awam untuk melihat anak Orang Utan dan Pusat Rehab Beruang. Semua itu next year.
Ulasan aku, jangan expect feeding Orang Utan macam show dekat zoo. Ini bukan zoo tapi rehab centre. Jadi aku rasa mesti ada hari yang Orang Utan tak muncul. Mujur la aku ada 4 ekor muncul. Tiket RM5 itu bukan sekadar tengok feeding tapi termasuk walk way ke sana. Aku rasa kalau kita appreciate alam, jalan pergi dan balik dari tempat feeding adalah sesuatu yang sangat ‘Alami. Chewah.
Ok, balik dari sana terus jalan ke bilik. Now baru nak siap mandi and solat. Malam ini mungkin makan di satu lagi cafe resort ni. Tak bawa pula bekalan makanan. Sini kedai serbaneka pun jauh.
Aku rasa nak wrap la penulisan day 1. Tak payah update lagi malam nanti. Nanti lepas mandi, akan solat dan rest. After Maghrib cari dinner dan malam ini tidur awal. Esok rancangannya akan ke Sandakan pukul 1000 pagi. So kena check out awal lah. Lain-lain nanti la aku maklum. Surprise surprise.

0 comments to “Sandakan, The Nature City - Day 1 (B)”

Post a Comment