Tuesday, 7 January 2014

Sandakan, The Nature City - Day 1 (a)

,



Gambar ikut clockwise : 1. Wife berjalan kaki dari KL Sentral untuk ke tempat Skybus di Jalan Tun Sambathan. Ada renovation di KL Sentral rupanya. 2. Kesesakan di tempat drop luggage di LCCT. Ini pada pukul 0600. Ramai sungguh orang. 3. Pemandangan kapal terbang Air Asia di waktu pagi.

 9 June 2012
0452, Skybus
Sekarang ini aku dan wife dalam Skybus untuk ke LCCT. Rupanya tiket Skybus dah beli lama pun masa book flight lagi. Bus dijangka bergerak pada pukul 0500. Tapi rasanya macam dia akan tunggu bus penuh dulu kot before berjalan. Pagi tadi teksi ambil dekat rumah pukul 0415. Memang awal bangun dan bersiap. Semalam pun tidur lena tak lena. Mata dok terkelip-kelip. Dah siap packing sebelumnya, so pagi ini tak kalut sangat. Just angkat beg saja.
*amboi, makin ramai pula orang naik bus tiba-tiba*
Perjalanan dari rumah ke KL Sentral dalam 20 minit sahaja. Teksi hantar ke KL Sentral sebelah atas. Tapi rupanya ada renovasi dekat KL Sentral menyebabkan tempat naik bus ke LCCT telah bertukar ke Jalan Tun Sambanthan. Dua-dua perkhidmatan bus bertukar. Yang merah dan yang kuning. Maka kami terpaksa berjalan. Memang dia sediakan jalan berbumbung siap lampu. Dekat tempat biasa itu memang dia sediakan staff yang akan guide kita ke tempat bus baru. Staff bus merah steady saja duduk, staff bus kuning kalut-kalut nak jual tiket.
Bus bergerak tepat jam 0500. Tak penuh pun bus. Kesian driver bus kena tuduh dengan aku tadi. Hahaha. Jalan lengang. Wife macam dah nak tidur-tidur. Harap-harap sampai in time ke LCCT. Oh ya, kami dah check in pun secara on-line. Nanti tinggal nak drop beg sahaja. Sebenarnya beg tak banyak pun, boleh sahaja bawa naik atas kapal, tapi sebab ada toiletries, takut pulak nanti pihak kapal banyak songeh. Jadi masukkan sahaja dalam perut kapal.


Gambar ikut clockwise : 1. Paramugari mendemokan cara-cara pakai jeket, mungkin hari Sabtu atau masih terlalu pagi, paramugari hanya pakai jeans sahaja. 2. Sudah berada di ruang udara Sabah. Hijau di mana-mana. Banyak lagi kawasan balak ni. 3. Airport Sandakan. Kecil sahaja airport ni. 4. Cantik cuaca hari ini. Langit membiru sahaja. Kesannya, panas ya amat
0737, AK5168
Now aku berada di ruang udara Putrajaya. Wife sedang membaca majalah 3Sixty. Flight tidak begitu penuh. Sebelah aku kosong. Wife duduk tepi tingkap. Macam biasa.
*wife belek menu pulak*
Ok, tadi kami sampai LCCT lebih kurang pukul 0557. Sebab dah check in, maka kami hanya ke kaunter untuk drop luggage sahaja. Mengikut timing aku, memang cantik. Sampai pukul 0600, drop beg, solat dan boarding. Rupa-rupanya MasyaAllah, punya ramai manusia. Kaunter drop luggage untuk penerbangan domestik dibuka dari nomber R42 hingga R62. Tapi semua kanter penuh beratur. Di depan aku sahaja ada 7 orang satu group yang sangat lembab sebab diaorang nak mix and match beg bagi mendapatkan berat ideal. Pppffttt.
Selesai drop beg, terus boarding ke pintu P12. Ini pun satu lagi punya panjang beratur. Aku rasa slogan Now Everyone Can Fly memang literal. Bermacam gelagat yang ada. Untuk masuk ke tempat boarding, memang ada staff AirAsia yang jaga siap dengan penimbang kati. Sesiapa beg yang lebih 7kg, dia suruh pergi drop in. Jangan mengada nak bawa naik atas kapal. Kesian tengok makcik ni yang terpaksa patah balik ke tempat drop beg. Nak beratur kat sana satu hal, kena bayar memang dah comfirm lah.
Beratur untuk scan pun boleh tahan lama. Tapi semuanya lancar. Bila dah dalam ruang menunggu, aku ke surau sementara wife ke ATM. Lebih kurang pukul 0645, staff AirAsia dah panggil masuk kapal. So, sekali lagi beratur. Kali ini cepat saja sebab kami duduk depan. Macam biasa siapa yang ada pengalaman naik Air Asia, kita akan berjalan untuk menaiki kapal. Maka berbondong-bondonglah penumpang berjalan di pagi yang masih gelap ke kapal. Banyak gate yang keluar serentak. Ada ke Kuching, Alor Star, Penang dan Sandakan. Masing-masing ke kapal sendiri. Ada staff jaga disetiap simpang bagitau arah mana kena pergi. Tak perlu la nak pergi setiap kapal tengok dekat cermin depan tu tulis KL-Sandakan or KL-Penang. Hehe
*owh, now mereka sedang bagi sarapan, wife dah siap-siap pre-book meal time beli tiket, sedapnya bau. Ha’ah, saya lapaq*
Akhirnya, flight bertolak lebih kurang jam 0717. Now dah tinggi di awan. Tak pasti ada di mana. Hampir pukul 0800. Dah 40 minit berlepas. Sekejap tadi ada pengumuman cuaca kurang baik. Kapal bergoyang-goyang. Tapi tak teruk sangat. Oh ya,pre book meal dah dapat. Hotdog bun with chicken sausage serving with a layer of tomato souce, chili sauce and honey mustard mayo. And a few pickle. Bunyi macam sedap. Kejap lagi nak try.
*Kapten dah buat pengumuman, katanya pukul 1015 sampai Sandakan*
Ok, wife tidoq pulak. Nak makan dulu ni. Bon Appetite. Laaaa, rupanya sos dengan pickle kena letak sendiri. I know this gonna be messy. Hehe. Ok. Continue.
Hotdog AirAsia. Nampak macam sedap, memang sedap pun.
0943, AK5168
Lepas makan, aku tertidur. Atau sengaja tidur tak ingat dah. Rasa macam lama sangat tidur tapi sebenarnya baru satu jam kot. Terjaga bila ada budak mengangis. Punya kuat menangis. Lama pulak tu. Tadi Kapten cakap memang akan sampai pukul 1015. Aku budget sekarang aku berada diruang udara negeri Sabah.
*ok, dah kena off everything dan tegakkan kerusi,berdebar pulak *

0 comments to “Sandakan, The Nature City - Day 1 (a)”

Post a Comment