10 Jun 2012
0723, Bilik 58 Sepilok Jungle Resort
Sekarang matahari sudah naik bergalah galah. Pukul 0555 sudah Syuruk. Subuh masuk pukul 0440 macam tu. Semalam kami dinner awal. Lebih kurang pukul 1800 macam tu. Maghrib pukul 1840. So time tengok berita pukul 2000, memang dah rasa macam malam sangat-sangat. Aku tak sedar tidur pukul berapa. Rasanya belum tamat berita dah terlena.
Pagi ini, kami nak sarapan. Tempat biasa la Banana Cafe and Restaurant. Breakfast include dengan bilik sekali. Kemudian cadang nak snap gambar sekeping dua. Pastu nak check out awal dan tunggu bus ke Sandakan by pukul 1000.
*ok, nak mandi*
![]() |
Tunggu bus untuk ke Pekan Sandakan |
0925, Bus Stop Jalan Sepilok
Now sedang menunggu bus untuk ke Sepilok. Pagi tadi lepas bersiap, kami sarapan. Sarapan biasa-biasa saja. Roti, telur, baked bean dan kopi. Lepas makan, pusing-pusing kawasan resort untuk bergambar. Kemudian balik bilik. Waktu itu baru 0845. Tengok televisyen sambil packing. Pukul 0910 macam tu check out. Semalam naik bus dia hantar sampai depan pintu hotel, tapi hari ni kami jalan kaki sikit ke bus stop. Dalam 100m macam tu.
Sedikit pasal Sepilok Jungle Resort, sebenarnya selain resort ini, ada beberapa lagi tempat penginapan. Ada Sepilok Nature Resort, Sepilok Jungle Edge Resort dan Labuk B&B. Ada juga bilik-bilik kosong milik penduduk sini untuk disewakan. Ala-ala macam homestay. Sepilok Jungle Resort juga ada bilik dorm dan bilik individu. Rate dari RM28 per person sampai ke RM150 per room untuk sharing. Sarapan included.
Aku budget bus sampai pukul 1030 macam tu. Jadi lama lagi la kena tunggu. Ok, nak tunggu bus.
1052, Teksi ke Sandakan, I know I know, sila dengar penjelasan hamba dulu
Dari tadi tunggu bus. Lama juga tunggu. Lebih satu jam. Tapi kami ok. Kami mantain. Kami tak kesah nak tunggu berapa lama pun lagi. Kami tetap nak naik bus. Tiba-tiba datang dua orang backpackers juga. Dari KK katanya. Diaorang pandai-pandai pergi arrange teksi. Lepas tu ajak naik sama-sama. Diaorang nak share. Teksi ke Sandakan dari Sepilok RM40. So kalau share seorang RM10. Kalau naik bus seorang RM5. Jadi short RM10 la untuk dua orang. Tak apa lah. Boleh tahan sejuk air con teksi ni. Hujan pula sekarang. Anggap sahaja tiada bus hari ini untuk sedapkan hati. Huhu.
Hari Ahad driver cakap memang sibuk sikit kalau nak ke Kota Sandakan. Jalan sempit dan ada kerja-kerja selenggaraan pula. Biasa la nak pilihanraya. Hahaha, sempat pulak politik. Ok, nak tengok pemandangan.
1206, Bilik 324 Hotel Swiss-Inn
Sekarang tengah lepak dalam bilik sambil tengok TV. Wife sedang refresh. Tadi sampai sahaja, teksi hantar ke Pasar Tamu. Berjalan di pasar Tamu Sandakan. Pasar ini ada setiap hari Ahad. Dari seawal jam 0600 hingga jam 1500. Tadi tak beli apa-apa. saja jalan-jalan. Oh, wife beli kerepek untuk makan. Aku beliKueh Kacong. Kueh ini sahaja yang nampak tak ada di pasar lain. Dia macam pulut udang tapi inti dia kacang. Rasa dia macam kacang tumbuk cicah pulut. Cuaca hujan renyai-renyai. Di tepi kiri kanan pasar tamu ada kedai-kedai jual baju, kain, ubat Cina, barang-barang elektronik dan kedai makan. Pasar Tamu sendiri jual benda-benda yang sama. Dari pakaian, makanan, ubat tradisional dan haiwan perliharaan.
![]() |
Masjid Jamek Sandakan. Masjid tertua di Sandakan |
Kami berjalan sampai ke Waterfront. Terus check in sebab boleh masuk at 12. Hotel ini ada di tepi laut dekat dengan Pasar Basah dan kemudahan lain. Sekejap lagi kami plan nak ke Haritage Trail. Mungkin bukan semua but we just walk lah. Ok, mari bergerak.
![]() |
Masjid Jamek Sandakan |
![]() |
Gambar ikut clockwise : 1. Peta Heritage Trail. 2. Wife berjalan kaki mengikut jejak Heritage Trail. 3. Jejak Heritage Trail. |
1355, English Tea House and Restaurant
Tak dak apa nak cerita lagi, saja nak tinggal jejak. Now sedang nikmati Manggo Brulee sambil tengok pemandangan Sandakan. Very the English. Ok, later continue. Oh ya, nak datang ke sini berpeluh macam joint marathon. Huhu.
1615, Bilik 324 Hotel Swiss Inn
Akhirnya, setelah lebih 3 jam berjalan akhirnya sekarang aku berada dalam bilik. Banyak nak ceritakan. Kena ceritakan sekarang. Nanti kalau tunggu balik KL comfirm lupa. Plus, feel tak sama.