Wednesday, 29 January 2014

TALE OF THE TWO MOUNTAINS: GENTING & CAMERON (PART II)

,
This is part II of the 'Tale of The Two Mountains'. So do read part I to grasp better understanding of the whole picture before reading this or else you might be lost. Now if you still have no ideas what the heck I'm babbling about after reading part I, then I must really sucks at writing (maybe blogging is not my thing).

After the quite successful photo session with my beloved family, we packed our stuff and continue our journey to Cameron Highland. We didn't go through Sungai Koyan, instead we turned back towards Kuala Lumpur and took PLUS Highway. The plan was to head for Gopeng, pick up my mother-in-law, the Korean barbecue set, the marinated meat/chicken and other stuff needed for the night's ceremony (we're having a barbecue/steamboat Korean style). The drive took us around two and a half hours (miraculously I was fully awake throughout the drive. Solely because the girls DIDN'T STOP shouting all the way to Gopeng). Since it was not public holiday, the drive was quite pleasant.

So we safely reached Gopeng, pick up my mom-in-law and head straight for Cameron Highland via Simpang Pulai. The route is a lot better than going up through Tapah (bigger & better road. Motorcycle enthusiasts are crazy about the Simpang Pulai route). Halfway there,  the rain started pouring down, at one point the mist was so thick I had to drive around 10 to 20 KMH (Seriously, I'm not making this up to make the story interesting). We made it safely across the dreaded mountain route (now I'm being dramatic to make this more interesting) and headed towards Brinchang. The rain was still pouring (thus making the temperature drop. It was really cold). We kept going but decided to stop for a hot meal before checking in the Parkland Apartment. We found a small restaurant (2 KM from Brincang), which served delicious looking Malay meal (lamb curry, fish curry, 'sambal pedas' etc). Due the severe hunger and cold, we REALLY ate, and I mean REALLY ate as the food tasted so good. After half an hour, we continued our journey to the Parkland Apartment (apparently just 5 minutes drive from the small restaurant).

Fresh mushrooms:  A photo taken in one of the Mushroom Farm. I tried the macro setting on this one. The result is actually stunning. (Canon G15)

The apartment that we stayed in the Parkland Apartment (Confusing isn't it? The name of the place we stayed was Parkland Apartment) was modest. There were three rooms with its own bathroom, complete with queen sized beds (one of the smaller room has 2 single beds), a locker, side table and I have to say the bathrooms were clean (with hot shower of course). The apartment was also furnished with a dining table, sofas, a 32 inches flat screen and other essential electrical appliances. So for RM260/night it was worth the money. What I like the most was the windows and the sliding doors, which designed to mimic those in the colonial era. The colonial looking windows plus the mountain view plus the cold weather equals to a perfect English feel (Seriously it was really cold, surprising for me because it wasn't THAT cold the last few times I visited Cameron Highland).

Ready for plucking: I tried to create 'bokeh' in the foreground as well as the background, focusing on the two strawberries in the middle. (Canon G15)

After settling down, my wife, mom and mom-in-laws were already busy preparing for the night's barbecue (forgot to mention this, we bought some veggies, sweet corns and potatoes after lunch). The lil' girls (as if they ran on nuclear reactor, meaning lots and lots of energy) were also 'busy' in their own way. The noise woke me from my pleasant English dream and brought me back to reality. Nonetheless, the boys (meaning me, my younger brother and my dad) also helped in preparing for dinner. And I have to say, the Korean barbecue was superb! Imagine this: Fresh veggies, perfectly marinated meat/chicken, hot and spicy Tom Yam and best of all in the company of loved ones.

Misty: A pit stop at the Boh Tea Valley hoping for a scenic photos. But the mist was too thick, low sunlight and no blue sky. So this was kind of the best of the bunch taken that morning. (Canon G15)

So the day went well. We crept under the blanket after the Korean barbecue and weathered the cold night (it was cold! Really cold!). My little family crowded under one blanket, it was warm though not very comfortable (the girls keep kicking me on the face and the youngest at one point kick my crouch so hard I had to wake up and pee). But it was something that I will cherished ; )

The rain was still pouring the next morning. So the plan to visits  few places of interest was canceled. We just made a stop at the Cameron Highland Tea Valley for a cup of tea and not forgetting scones. Right after we head back to my mom-in-laws place in Gopeng.

That my fellow travelers, wrapped this trip. Cheers!

"Look forward for a new journey and you'll find work is not that boring"

Yours truly,
Kaz
29 January 2014

Read more →

Tuesday, 14 January 2014

Sandakan, The Nature City - Day 3 (b)

,
1608, Sandakan Memorial Park.
Peta Sabah menunjukkan jarak POW bergerak dari Sandakan ke Ranau. 200++ km.
Hehe, historical piece kot. Mana tahan. Kena melawat juga la. Datang dengan bus sahaja. Nanti aku cerita sikit tips untuk ke sini dengan bus. Nak menghayati kisah tahanan perang (POW) sekejap.
1839, Bilik 324 Hotel Swiss In

Kawasan Sandakan Memorial Park (SMP). Ada juga penduduk yang beriadah di sini. Masuk adalah percuma

Boiler. Pada zaman Jepun. Digunakan untuk menjana elektrik
Dah siap mandi. Dah siap beli dinner. Sekarang lepak saja dalam bilik tengok Korusuke di TV3. Akan continue cerita Sandakan Memorial Park.
Lepas balik dari Pasar Basah, kami memang tak plan nak ke mana-mana. Tapi tetap rasa ralat kerana tak dapat pergi ke Sandakan Memorial Park (SMP). Lepak fikir fikir, alang-alang dah sampai why not tak pergi saja. Dah la tak dapat pergi Pulau Selingan. Takkan SMP pun tak pergi. Lagipun ada lagi 3 jam sebelum pukul 1700.

 Ini katanya store dan dapur tentera Jepun.
So, we make up our mind. Google di mana SMP dan pergi saja. SMP terletak di Batu 8. Kami pergi dengan menaiki bas. Tunggu bus dekat Stesyen Labuk Sdn Bhd. Dekat dengan stesyen minyak Shell. Kebetulan ada bus yang hendak ke Bt 32. So aku tanya conductor tu, dia kata berhenti di Bt. 8. Tambang hanya RM1.70 sahaja. Landmark dia adalah roundabout yang ada patung buaya berdiri. Sampai sahaja roundabout itu, picit loceng dan turun. Kemudian ada signboard ke SMP. Kena berjalan lebih kurang 200m ke SMP. Masuk adalah percuma. Kawasan SMP ini dikelilingi oleh perumahan. Baik, sedikit pasal SMP.
Buku memorial mengandungi gambar-gambar tahan perang yang meninggal dunia
SMP merupakan tapak asal kem tahanan perang (POW) Sandakan ketika zaman Jepun. Sekitar Januari hingga Ogos 1945 sewaktu Jepun menduduki Sandakan. Pada tahun 1942 hingga 1943, tentera Jepun membawa 2,700 tahanan perang Australia dan British ke Sandakan. Kebanyakan mereka ditangkap di Singapura sewaktu Jepun mula menduduki Asia. Tahanan perang ini digunakan sebagai buruh untuk membina lapangan terbang dan kerja-kerja kasar yang lain. Tahu kan kisah kejamnya tentera Jepun? Tahanan perang juga dikenakan tindakan yang sama malah lebih teruk. Diseksa, dipukul, dibiarkan kelaparan dan sebagainya. Bila tentera bersekutu mengebom lapangan terbang Jepun, Tentera Jepun bercadang untuk memindahkan tahanan perang ini ke Ranau. Yes, 240km ke barat Sabah. Dengan hanya berjalan kaki meredah hutan. Waktu itu ramai yang mati. Ada sebab sakit dan ada sebab kena seksa. Jadi, dari 2,700 tahanan perang, hanya 6 orang yang hidup. Lain-lain mati sama ada masa on the way ke Ranau, di Ranau atau di Sandakan sendiri. Tapi kubur-kubur yang di Sandakan semua sudah dipindahkan ke Labuan. Kawasan kem tahanan itulah dijadikan Sandakan Memorial Park. Aku budget ada lagi body yang tak dipindahkan. Mesti ada punya. Sebahagian kawasan kem itu sekarang dijadikan perumahan. Scary!!
Di SMP ini ada beberapa artifak tinggalan Jepun seperti kapal korek untuk buat lapangan terbang, ada boiler air untuk hasilkan stim bagi hidupkan alternator untuk hasilkan elektrik, ada tangki air dari konkrit dan store serta dapur tentera Jepun.
Kawasan ini menerima kunjungan dari pihak Kementerian Hal Ehwal Vateren Australia. Mereka sponsor untuk bangunkan memorial ini. Setiap tahun, mereka datang ke sini untuk upacara peringati tahanan perang yang mati. Ada juga buku autograf yang ada tandatangan sanak saudara tentera yang mati.
Selepas selesai melawat, kami balik ke Pekan Sandakan dengan menaiki van (bas mini). Van memang ada depan gate SMP itu. Tambang hanya RM2 sahaja. Puas hati rasa dapat datang ke sini.
Baik, sampai sahaja Pekan Sandakan, terus beli dinner dan balik ke bilik. So tak perlu keluar untuk makan lagi. Stock makanan cukup sampai esok pagi.
Di hadapan galeri pameran. Menceritakan mengenai sejarah SMP ini.
Sikit ulasan dan tips, aku rasa Sandakan ini menarik. Banyak history and very backpacker friendly. Public transport juga banyak. Selain teksi, bus dan van juga banyak dan meliputi hampir semua kawasan. Cuma perlu tahu mana nak naik sahaja. Penduduk Sandakan overall macam friendly. Tapi susah nak tau mana local mana pendatang. Semua macam sama sahaja. Makan juga senang. Ada fastfood dan local food. Tak banyak beza pun. Time pergi Pasar Tamu aku expect ada macam kala jengking goreng atau ulat beluncas masak lemak, tapi tak ada pun. So aku anggap makanan dia biasa sahaja. Untuk ke Kg Buli Sim Sim pun senang. Naik sahaja bus yang tulis Buli Sim Sim atau naik teksi. Tak jauh sebenarnya. Tapi bagus kalau ada local teman kita. Bole dia cerita sikit. Sebab bukan ada signboard penerangan pun dekat kampung ni.
Ikan bakar macam biasa. Sedap dan harga memuaskan. I bet seafood area lagi best cuma kami tak berkesempatan pergi. Siapa yang berani cuba, boleh try. Kami pergi pagi, tokey kedai baru nak beli ikan dari nelayan. Maybe next time sahaja. Dari apa aku dengar, makanan dia murah juga. Dan ikan dia fresh.
Aku rasa itu sahaja kot. Nak wrap untuk day 3. Esok dah nak balik dah. Flight pukul 1025. Boleh terserempak pulak dengan pakcik teksi yang hantar ke Buli Sim Sim pagi tadi. Dia beriya nak hantar ke airport. So ok lah, esok at 0900 dia tunggu di lobi. Lagipun kami dah check in online. Esok hantar masuk luggage sahaja. Ok, nak melayan Sandakan di malam terakhir. Bye. Good Night.
Read more →

Monday, 13 January 2014

TALE OF THE TWO MOUNTAINS: GENTING & CAMERON (PART I)

,
To stay true to my own words, on this post I'll be writing on my most recent travel (8 - 10 Jan. 2014). Yes ladies and gentlemen, that was just last week (there were strawberries, sweet corns, not so fresh mushrooms and bunch of veggies, which will turn into a nice lamb stew in my refrigerator as I wrote this). Fresh from the oven,  unlike the last two or maybe three posts, which was written purely based on my not so good memories.

The entrance: A photo of Colmar Tropicale's entrance. Bright daylight, actually too bright.
(Canon G15, ISO100, F6.3, Tv1/320)

Upon planning this trip, I've decided not to stay anywhere near the theme park, so First World Hotel was first to be crossed out from my list. I wanted a quiet place to have a peace of mind (not going to happen anyway thanks to the girls) and to take some family photos to hang on an appointed wall (I'm redecorating my place after a few years of waiting the girls to grow up). On this trip, I brought along my new Canon Powershot G15 leaving my bulky D90 back home. I'm trying out the new camera and by far, taking into consideration its size, the G15 was simply fantastic! So I booked the Awana Genting Hotel from Agoda (for a good price). And as expected, the room was simply fantastic with mountain view. I can even see the theme park from the balcony. Sweetening the deal was the twin queen sized beds (meaning one for me and my lovely wife and one for the girls. Also didn't happened as I end up sleeping beside my eldest). The room was nicely decorated (modern contemporary) with soothing choice of colors (earthy brown and beige). There was also a 32 inches Panasonic flat screen with 12 channels including KBS (a plus point for me as my lovely wife is a Korean drama addict).

Just chillin': The girs upon arriving, simply happy just to be there. A simple point and shoot photo.
(canon G15, ISO200, F1.8, Tv1/200)

Enough about the hotel. Now, before arriving at Awana Genting we make a quick stop at Colmar Tropicale (I forgot to mention this, my parents were with me on this trip, they never been to Colmar Tropicale). So I acted as a tour guide as I have been there before (So does the girls as they were there before). After a few cups of freshly brewed coffee and French pastries (I assumed it was French), we finally made our way to Awana Genting. Checking in was swift (Agoda by far never failed), we then freshened up with time to spare for a quick rest.

A French connection: A portraiture of my lovely wife having a cup of coffee. Enough lights coming from her ride so I didn't use the flash. (Canon G15, ISO100, F1.8, Tv1/250)

After the much needed rest, we went to Genting Highland's Theme Park (the outdoor park was closed for maintenance) so we just hang out inside the plaza just wondering around (and yes, the girls did more than wondering around. I guess if you guys followed my last posts, you'll probably guess what the girls did other than just wondering around). We planned to watch a movie but our timing was awful as the only show was around 1.30 in the morning. Photos opportunities was also scarce as we were limited just inside the plaza (which was swarmed with people though it is not school holidays anymore). Frustrated, we decided to retire for the day and hope for better tomorrow (sounded a bit melancholic, bet Wira'll LOVE this).

From 12364 to First World: This is my favorite shot throughout the whole trip. It's been quite a while since I wanted to try a long exposure shot. So this is it, not that great by still my first. Of course I had to use a tripod for this shot.
(Canon G15, ISO80, F4.0, Tv5")
 

So the next morning the whole family had breakfast at the Coffee House's terrace overlooking the mountains. Delicious food and fantastic views, what more can I ask? It was a perfect start for us. Right after breakfast my parents went back to their room, getting ready to check out. My little family and I went to this small garden on the lower level of the hotel to take a few family photos with interesting if not wacky looking poses (like I mentioned earlier,  for the wall back home). The small garden was fashioned as Japanese rock garden. There were small ponds with fishes gently swimming, bamboo and some nice looking bonsai. It makes a great setting for our family photography session. The photography session went not so smoothly as working with children (asking them to pose and to stop moving apparently was quite hard). But we managed to walk away with a few good photos.

Uh-oh: A family portraiture with a wacky pose. With a help of a tripod and good looking background. I'm quite happy with this shot. (Canon G15, ISO320, F2.0, Tv1/60)

We went up to our rooms and started to pack our stuff. We've checked out around 10.30 and were well on our way to Cameron Highland for our next adventure. If you ask why Cameron? It's simply because we plan to have a Korean style steamboat (a family tradition, one started by my late father in law). I'll write all about that in my next post.

The not so red dawn: A landscape photography, a view from the balcony. I was hoping for a sunset but as you can see... But we work with what we can. (Canon G15, ISO400, F4.5, Tv1/160) 

And it's time for the quote so that you'll have something to ponder. Cheers!

"There are always something new to see and experience even though you visit the same place more than once. Just open up your eyes and heart and you'll see."

Thanks.

Yours truly,
Kaz
13 Jan. 2014
Read more →

Saturday, 11 January 2014

Sandakan, The Nature City - Day 3(a)

,
Wife berdiri di siar kaki celah-celah perumahan Kampung Buli Sim Sim. Ini merupakan perkampungan atas air.
11 Jun 2012
0729, Restaurant Amiemorita
Pagi tadi bangun seawal 0530. Lepas solat aku layan tengok televisyen. Tak tidur pun. Kagum dengan diri sendiri. Semalam tak perasan tidur what time. Aku tahu lepas persembahan Najua Nasir aku tweet pasal Amy Search jaga hati Shaz sebab tu pilih dia , pastu terus tak sedar. Hehe
Sekarang sedang sarapan. Restaurant pun depan hotel sahaja. Pilih restaurant ni sebab ada orang sedang makan. Kedai lain kosong sahaja. Nasi goreng dia sangat dry. Aku memang tak boleh makan kering kering ni. Minta sup, sup belum didih, so makan dengan sos sahaja. Ok, jemput makan semua.
0823, Restaurant Seafood Kg Buli Sim Sim
Fast updates, aku dan wife lepak di Restaurant Seafood atas air. Tak order apa-apa. Saja lepak ambil bayu laut. Heaven. Ok guys, continue later. Bye.
Keadaan rumah yang rapat antara satu sama lain. Ketika air surut, nampak sampah-sampah dibuang ke dalam air. Tetapi, bukan semua rumah macam tu. Ada yang cantik. Ada yang siap buat pagar jaring dalam air untuk halang sampah masuk bawah rumah.
Wife di Restaurant Seafood Kampung Buli Sim Sim. Awal pagi ni. Belum ada makan lagi. Pekerja sibuk beli ikan dan berkemas
Salah satu kapal nelayan kecil yang singgah untuk jual ikan kepada pihak Restaurant
Seorang penduduk kampung mengasingkan ikan. Katanya untuk dibawa ke pulau berdekatan. Tak pasti untuk makan atau untuk diberi kepada ikan lain.
1036, Bus Bt 2 dari Kg Buli Sim Sim ke Sandakan
Ok, tadi pagi lepas sarapan, aku dan wife jalan kaki ke tempat teksi. Kami asalnya plan untuk ke Pulau Selingan dan Kg Buli Sim Sim. Lepas dapat good deal dengan pakcik teksi, dia bawa kami ke Jeti untuk ke Pulau Selingan. Pulau Selingan merupakan kawasan pemuliharaan penyu. Malangnya, setelah bincang dengan tour operator, mereka tidak sediakan boat untuk day trip. Untuk ke Pulau itu memang tiada boat penambang. Hanya ada satu trip pukul 0900 ke sana dan satu trip pukul 0700 pagi dari sana. Pengunjung perlu tidur di Pulau Selingan. Logik la sebab orang tengok penyu bertelur pun waktu malam. So kami terpaksa batalkan plan itu. Mujur dah suruh pakcik teksi tunggu sementara aku pergi tanya. Next time saja ke Pulau Selingan itu. Jadinya, kami hanya ke Kampung Buli Sim Sim.
Penduduk menggunakan air dari tangki. Ada yang dua tangki, ada yang hanya satu tangki sahaja
Ini rumah pemilik Muslim. Laluan ke rumahnya memang hanya dia sahaja yang tinggal. Jadi dia buat pagar dan kunci.
Menahan bus untuk ke Pekan Sandakan dari Kampung Buli Sim Sim
Kampung ini merupakan kampung air. Ada penduduk Cina, Melayu dan India di sini. Aku dan wife sekadar jalan-jalan disekitar kampung ini sahaja. Kampung ini juga merupakan salah satu tarikan pelancong di Sandakan. Ianya terkenal dengan makanan laut. Rumah atas air ini bukan simple-simple cincai sahaja. Dia dibuat dengan begitu teliti dan kukuh. Kayu yang digunapakai juga berkualiti. Cuma rumah dia rapat-rapat dan jalan juga agak sempit.
*Alamak, dah sampai pun Pekan Sandakan. Nanti sambung cerita Kampung Buli Sim Sim. Tambang RM0.50 sahaja. Tadi naik teksi RM15. Huhu.*
1329, Bilik 324 Hotel Swiss-Inn
Pasar Sandakan, ruangan menjual buah-buahan

Ruangan menjual daging. Notice tak daging dijual dalam peti. Jadi tiada lalat ataupun bau yang tidak menyenangkan

Ruangan jual ayam, ayam juga siap diproses dan di-wrap dengan plastik

Ruangan ikan, ini di bahagian belakang. Ini sahaja yang lantainya basah. Lain-lain bahagian kering kontang.

Penjual menjual Mempelam Telur dan mangga. Tak pasti asal Sandakan atau dari Filipina

Ok, now lepak bilik. Baru sampai sangat-sangat. Meh continue cerita Buli Sim Sim. Kami jalan bermula di kawasan rumah Cina. Lepak direstaurant seafood. Tak makan apa-apa. Sekadar lepak sahaja sebab kedai ini berada dihujung sekali mengadap laut. Boleh juga tengok perahu-perahu kecil singgah untuk jual ikan-ikan yang mereka tangkap. Ada ikan bawal, ikan merah, ikan kerapu dan juga ikan tongkol. Semua dalam kuantiti kecil sahaja. Malah ikan ini ada yang masih hidup. Fresh. Bila ditanya bila tangkap, mereka kata pagi tadi. Padahal time itu baru 0830. Nampak sangat mereka keluar ke laut lebih awal dari itu.
Meratah ikan bakar dan sotong bakar di Kampung Buli Sim Sim
Dari situ, aku jalan ke kawasan rumah Melayu pula. Memang jelas la berbeza. Sedih aku. Rumah atas laut pun ada beza kelas antara kaum. Hehe. Seterusnya jalan sampai ke kawasan grilled fish and seafood. Itu kawasan Malay area. Masa itu baru 0930. Kami dah sarapan pun. Tapi bau asap ikan bakar menyebabkan kami singgah juga. Makan la ikan seekor dan sotong dua ekor dengan air kelapa. Ikan aku makan secubit sahaja. Wife habiskan semua. Sotong aku makan semua. Sedap sungguh. Simple marinated ja. Pakai kunyit dan garam. Sos dia kot sedap. Cili dengan bawang putih.
Lepas makan, kami jalan slow and steady untuk ke Sandakan. Memang kami tahu jauh. Just jalan sambil nak catch the bus. Alhamdulillah sekejap sahaja bus sampai.
Sampai sahaja Pekan Sandakan, kami bergerak ke Pasar Sandakan. Besar pasar ni. Aku rasa ini pasar basah paling bersih aku pernah jumpa. Kawasan jual daging tak ada lalat langsung. Daging dia simpan dalam peti khas bercermin kaca. Kawasan ikan di belakang. Juga bersih dan tiada lalat. Pasar terletak di tepi laut. Dekat dengan Sandakan Harbour juga. Ada juga jual buah dan sayuran termasuk makanan tradisional seperti kueh cincin. Tak beli apa pun kecuali kueh cincin untuk bawa ke pejabat dan sedikit ikan bilis dan udang kering.
Lama kami di situ. Tingkat 2 ada jual baju dan barang-barang manik. Ada juga kedai makan macam food court. Tingkat 3 pun food court juga. From Pasar basah kami berjalan balik ke hotel.
Gambar dari tingkat tiga Pasar Sandakan. Pekerja memunggah ais ke dalam kapal
Sekarang ada di hotel. Ralat juga sebab tak dapat ke Pulau Selingan. Di sini tak jumpa pun service sewa motosikal. Kalau nak bergerak ke luar Pekan, agak jauh kalau jalan kaki. Kalau nak naik bus, kekangan masa pula. Nak naik teksi, cost pula yang mahal. Tambah-tambah kalau ke kawasan yang masuk ke dalam. Belum tentu ada bus sampai ke situ.
Aku rasa budak ini tinggal di atas kapal. Dia akan ulang alik dengan perahu kecil untuk ambil keluarga dia dari tebing ke kapal mereka tinggal
Aku sebenarnya teringin nak ke Sandakan Memorial Park. Aku rasa banyak history situ tapi fikir-fikir balik. Tak apa lah. Next time maybe. Nak rest aja petang ni.
Read more →

Friday, 10 January 2014

Sandakan, The Nature City - Day 2 (b)

,
Gambar lama pandangan udara Bandaran Sandakan, aku curi snap dari Muzium Sandakan
Ok, tadi lebih kurang pukul 1230, kami mula bergerak. Memang cadangnya nak gerak mengikut Sandakan Heritage Trail. Cuma tak akan ikut semua. Mungkin separuh sahaja. Dari hotel, kami bergerak ke Masjid Jame’ As-Sheikh Hasbullah At-Tohiri. Ini merupakan hentian pertama dalam trail ini. Masjid ini berada di atas bukit. Sekarang ini dalam keadaan sedang dibaikpulih. Rasanya ini masjid pertama di Sandakan kot. Tidak banyak maklumat pasal Sheikh ni. Di kawasan masjid pun tiada macam papan info atau risalah. Tapi boleh tahan ramai orang sebab baru lepas Zohur. Sini Zohur pukul 1240 macam tu. Aku terus solat di situ sahaja. Sheikh ini dikatakan penyebar agama Islam ketika zaman Kesultanan Sulu dahulu.


Lepas dari situ, kami meneruskan perjalanan ke next location. Ianya Muzium Warisan Sandakan danWilliam B Pryer Monumen. Dekat dekat saja dua tempat ini. Muzium ini asalnya bangunan pentadbiran Sandakan. Tapi sekarang dijadikan muzium dan pusat informasi pelancongan. Muzium ini ceritakan pasal asal Sandakan. Ada gambar lama-lama juga di sini. Penempatan di sini bermula sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Sekarang, bandar ini didominasikan oleh etnik Cina. William Pryer pula dikatakan founder of Sandakan. Agak bercanggah la maklumat itu dengan maklumat dalam muzium. Macam mana you kata you founder bila sebenarnya dah ada orang asal dekat situ. Kan? Founder ni macam Parameswara jumpa Melaka. Kalau setakat macam Columbus jumpa Ohio, itu bukan founder. Hehe. Lari tajuk.


Stairs of Hundred Step
Seterusnya, jalan kaki naik tangga. Nama tangga ni Stairs of Hundred Steps. Melayu cakap Tangga Seribu (???). Tempat ini sunyi. Nak masuk memang ala-ala seram juga la. Sebab kiri kanan hutan. Awal-awal naik tangga. Kemudiannya hanya slope. Jauh juga panjat Tangga Seribu ni. Sampai la ke atas ada sikit tangga balik. Ada juga kawasan tanah runtuh. Aku cadangkan jangan naik sorang diri. Jangan naik waktu malam juga. Memang mistik kawasan ini. Aku tak tahu apa sejarah Tangga Seribu. Dia ni macam short cut untuk naik ke puncak Jalan Istana. Di Jalan Istana ini ada banyak rumah besar-besar. Juga kediaman Residen Sandakan.
English Tea House
Sampai sahaja ke puncak, kami jalan ke English Tea House. Ini katanya dulu kuarters kerajaan juga. Tea House ini baru dibuka pada tahun 2002. Ingat nak ambil gambar sahaja. Tapi sebab dah sampai dan berpeluh sakan, maka kami singgah juga untuk hilangkan dahaga. Kerana ianya English style hance the price pun ala ala Eropah. Tapi kami duduk bawah pokok. Time sampai ada ramai juga orang having lunch. Kami ja minum dan makan desserts. Itu yang ada tulis blog pendek atas tu tadi. Hehe. Di sini ada padang lapang untuk game Croquet, the Lord of Lawn Sport. Highly ethical English game yang guna kayu dan ketuk bola masuk dalam gelung. Tapi siapa nak main tengahari rembang. Jadi kami ambil gambar padang sahaja. Aku wonder, why being British Colonial, game ini tak dipolularkan di negara kita. Hmmm.


Agnes Keith’s House
Dari English Tea House, kami berjalan untuk ke Agnes Keith’s House. Untuk masuk ke sini kena bayar tiket RM2. Rumah ini diselenggarakan oleh Muzium Sabah. Sebenarnya, rumah ini sudah lama ditinggalkan dan hampir roboh. Ianya dibangunkan semula pada tahun 2001 dan dibuka kepada public pada tahun 2004. Ramai sudah menginap di rumah ini sejak 1930-an lagi. Tapi kenapa Agnes paling famous? Ini kerana, Agnes antara yang awal menginap rumah ini. Selain itu, suami beliau merupakan Conservator of Forest. Rumah ini ala-ala kuarters untuk pegawai hutan Sabah. Tapi ada banyak tahun juga rumah ini tiada penghuni. Banyak la juga cerita hantu pasal rumah ini selepas 1950-an. Tapi tak di-highlight oleh Muzium Sabah. Duhh. Ok, Agnes kahwin dengan Harry. Harry ini yang kerja hutan. Agnes adalah penulis. Dia terbitkan buku Land Below the Wind pada tahun 1939. Buku ini menang anugerah di peringkat dunia dan mempopularkan Sabah. Aku rasa Agnes yang namakan Sabah, Negeri di Bawah Bayu dan digunapakai hingga ke hari ini. Selain buku itu, beliau juga tulis buku Three Came Home, menceritakan detik mereka sekeluarga kena tangkap dan dipenjarakan oleh Jepun. Juga buku White Man Returns pada tahun 1951 apabila Herry kembali bekerja sebagai pegawai hutan. Mereka meninggalkan rumah itu pada tahun 1951. Sejak dari itu, pengganti Harry tinggal disitu. Mereka menggelarkan rumah itu sebagai Rumah Agnes Keith.
Agnes Keith’s House interior
Ok, dari Agnes Keith’s House, kami berjalan menyusuri Jalan Istana untuk ke bandar Sandakan. Sengaja kami tak melalui Tangga Seribu. Hehe. Boleh tahan jauh juga berjalan. Kalau ikut Heritage Trail, perlu ke jalan Seraya untuk visit Temple dan Church. Tapi kami skip dan terus ke Temple yang lain. Dari situ, kami jalan sampai ke tepi laut dan pengkalan navy. Singgah sebentar kedai serbaneka dan beli minuman dan makanan ringan. Jalan lagi hingga ke hotel. Sepanjang jalan, penuh manusia. Mungkin hari Ahad kot. Seriusly, aku tak dapat bezakan Melayu, Dusun, Bajau, Filipina atau Indonesia. Semua nampak sama sahaja. Hehe. Balik bilik masak air dan makan meggie. Belum pasti apa plan untuk malam ni dan esok. Ada beberapa kawasan lagi yang menarik. Pasar Basah, Buli Sim Sim dan mungkin Pulau Selingan. Tengok la nanti macam mana.


Lupa pula, sikit ulasan dan tips untuk Sandakan Heritage Trail. Baik, pihak majlis memang banyak sediakan peta haritage trail ini. Siap ada lambang tapak kaki untuk tunjukkankan kita di haluan yang betul. Akan tetapi, jarak dari satu tempat ke satu tempat adalah jauh serta tidak sesuai untuk berjalan kaki. Terutamanya dari rumah Agnes ke Goddess of Mercy Chinese Temple dan St Michael’s and All Angels Church. Sepatutnya dalam peta mungkin boleh letakkan jarak dari satu tempat ke satu tempat. Pada aku, heritage sites number 1,2,3,4,9,10 dan 11 adalah doable untuk berjalan kaki. Walaupun terpaksa panjat Tangga Seribu. Sediakan air botol kerana sepanjang perjalanan, susah nak jumpa tempat jual air kecuali bila dah sampai pekan Sandakan. Bergerak awal pagi dan bukan lewat petang. Kalau pukul 1200 itu still ok. Kalau pukul 1500 itu dah lewat. Kecuali naik kereta lah. Agnes House tutup pukul 1700. Ingat sini Sandakan. Pukul 1840 sudah Maghrib. Naik Tangga Seribu mulut janganlah celupar. We never know. Lain-lain aku rasa tiada apa masalah. Pengalaman menarik.
Wife tidur sekarang. Televisyen terpasang. Mungkin aku turun sekejap kedai depan hotel ini minum kopi. Depan hotel ni banyak restaurant. Dia bukan jalan besar. Macam alley macam tu. Pejalan kaki sahaja lalu lalang. Ok, later aku wrap.
2110, Bilik 324 Hotel Swiss Inn
Aku sedang lepak sambil tengok Mentor Final di TV3. Dah nak tidur pun sebenarnya. Nak wrap dulu. Ok, tadi petang tak buat apa-apa. Lepas siap mandi just tunggu Maghrib sekejap. Lepak tengok gambar yang ambil dekat Sandakan. Charge handphone and camera. Dalam pukul 2100, pergi makan dekat Sandakan Harbour. Dekat sangat dengan hotel. Jalan kaki sahaja. Banyak kedai dah nak tutup. Sebetulnya, Sandakan memang tidur awal. Kita anggap berita jam 8 tu baru nak bermula malam, mereka silap-silap berita jam 8 tu waktu nak masuk tidur. Tadi makan biasa-biasa saja. Nasi goreng. Dah kenyang meggie petang tadi sebenarnya.
What for tomorrow? Surprise surprise. Hehe. Esok mungkin sekitar Sandakan sahaja. Ada a few landmarks lagi yang tak pergi. Itu ja untuk day 2. Nak tengok Mentor. Mungkin tertidur saja nanti. Jauh jalan tadi siang. Night.
Read more →

Thursday, 9 January 2014

Sandakan, The Nature City - Day 2 (a)

,
Gambar ikut clockwise : 1. Siarkaki di kawasan Sepilok Jungle Resort. Dari bilik nak ke tempat makan boleh tahan jauh. 2. Siarkaki yang melalui kolam dan kawasan tepi hutan. Memang tak pergi la kalau nak supper. Makan dalam bilik sahaja. 3. Dinding bilik. Menggunakan kayu bakau dan kayu meranti. 4. Kolam renang di Sepilok Jungle Resort. Mereka claimed, hanya mereka sahaja resort yang ada swimming pool
10 Jun 2012
0723, Bilik 58 Sepilok Jungle Resort
Sekarang matahari sudah naik bergalah galah. Pukul 0555 sudah Syuruk. Subuh masuk pukul 0440 macam tu. Semalam kami dinner awal. Lebih kurang pukul 1800 macam tu. Maghrib pukul 1840. So time tengok berita pukul 2000, memang dah rasa macam malam sangat-sangat. Aku tak sedar tidur pukul berapa. Rasanya belum tamat berita dah terlena.
Pagi ini, kami nak sarapan. Tempat biasa la Banana Cafe and Restaurant. Breakfast include dengan bilik sekali. Kemudian cadang nak snap gambar sekeping dua. Pastu nak check out awal dan tunggu bus ke Sandakan by pukul 1000.
*ok, nak mandi*
Tunggu bus untuk ke Pekan Sandakan
0925, Bus Stop Jalan Sepilok
Now sedang menunggu bus untuk ke Sepilok. Pagi tadi lepas bersiap, kami sarapan. Sarapan biasa-biasa saja. Roti, telur, baked bean dan kopi. Lepas makan, pusing-pusing kawasan resort untuk bergambar. Kemudian balik bilik. Waktu itu baru 0845. Tengok televisyen sambil packing. Pukul 0910 macam tu check out. Semalam naik bus dia hantar sampai depan pintu hotel, tapi hari ni kami jalan kaki sikit ke bus stop. Dalam 100m macam tu.
Sedikit pasal Sepilok Jungle Resort, sebenarnya selain resort ini, ada beberapa lagi tempat penginapan. Ada Sepilok Nature Resort, Sepilok Jungle Edge Resort dan Labuk B&B. Ada juga bilik-bilik kosong milik penduduk sini untuk disewakan. Ala-ala macam homestay. Sepilok Jungle Resort juga ada bilik dorm dan bilik individu. Rate dari RM28 per person sampai ke RM150 per room untuk sharing. Sarapan included.
Aku budget bus sampai pukul 1030 macam tu. Jadi lama lagi la kena tunggu. Ok, nak tunggu bus.
1052, Teksi ke Sandakan, I know I know, sila dengar penjelasan hamba dulu
Dari tadi tunggu bus. Lama juga tunggu. Lebih satu jam. Tapi kami ok. Kami mantain. Kami tak kesah nak tunggu berapa lama pun lagi. Kami tetap nak naik bus. Tiba-tiba datang dua orang backpackers juga. Dari KK katanya. Diaorang pandai-pandai pergi arrange teksi. Lepas tu ajak naik sama-sama. Diaorang nak share. Teksi ke Sandakan dari Sepilok RM40. So kalau share seorang RM10. Kalau naik bus seorang RM5. Jadi short RM10 la untuk dua orang. Tak apa lah. Boleh tahan sejuk air con teksi ni. Hujan pula sekarang. Anggap sahaja tiada bus hari ini untuk sedapkan hati. Huhu.
Gambar ikut clockwise : 1. Pasar Tamu selepas hujan. Deretan kedai tersusun mengikut ketagori makanan, pakaian dan lain-lain. 2. Peniaga menjual hidupan untuk dijadikan pet atau makanan maybe. 3. Tuntung atau mungkin labi, aku tak pasti. Masih hidup. 4. Kueh Kacong
Hari Ahad driver cakap memang sibuk sikit kalau nak ke Kota Sandakan. Jalan sempit dan ada kerja-kerja selenggaraan pula. Biasa la nak pilihanraya. Hahaha, sempat pulak politik. Ok, nak tengok pemandangan.
1206, Bilik 324 Hotel Swiss-Inn
Sekarang tengah lepak dalam bilik sambil tengok TV. Wife sedang refresh. Tadi sampai sahaja, teksi hantar ke Pasar Tamu. Berjalan di pasar Tamu Sandakan. Pasar ini ada setiap hari Ahad. Dari seawal jam 0600 hingga jam 1500. Tadi tak beli apa-apa. saja jalan-jalan. Oh, wife beli kerepek untuk makan. Aku beliKueh Kacong. Kueh ini sahaja yang nampak tak ada di pasar lain. Dia macam pulut udang tapi inti dia kacang. Rasa dia macam kacang tumbuk cicah pulut. Cuaca hujan renyai-renyai. Di tepi kiri kanan pasar tamu ada kedai-kedai jual baju, kain, ubat Cina, barang-barang elektronik dan kedai makan. Pasar Tamu sendiri jual benda-benda yang sama. Dari pakaian, makanan, ubat tradisional dan haiwan perliharaan.
Masjid Jamek Sandakan. Masjid tertua di Sandakan
Kami berjalan sampai ke Waterfront. Terus check in sebab boleh masuk at 12. Hotel ini ada di tepi laut dekat dengan Pasar Basah dan kemudahan lain. Sekejap lagi kami plan nak ke Haritage Trail. Mungkin bukan semua but we just walk lah. Ok, mari bergerak.
Masjid Jamek Sandakan
Gambar ikut clockwise : 1. Peta Heritage Trail. 2. Wife berjalan kaki mengikut jejak Heritage Trail. 3. Jejak Heritage Trail.
1355, English Tea House and Restaurant
Tak dak apa nak cerita lagi, saja nak tinggal jejak. Now sedang nikmati Manggo Brulee sambil tengok pemandangan Sandakan. Very the English. Ok, later continue. Oh ya, nak datang ke sini berpeluh macam joint marathon. Huhu.
1615, Bilik 324 Hotel Swiss Inn
Akhirnya, setelah lebih 3 jam berjalan akhirnya sekarang aku berada dalam bilik. Banyak nak ceritakan. Kena ceritakan sekarang. Nanti kalau tunggu balik KL comfirm lupa. Plus, feel tak sama.

Read more →

Wednesday, 8 January 2014

Sandakan, The Nature City - Day 1 (B)

,
Ini hentian bus di Pekan Sandakan. Di sini ada tiga hentian bus. Ada hentian bus ekspress untuk pergi jauh. Kalau nak ke Sepilok itu local sahaja. Jauh itu macam Kota Kinabalu atau Tawau. Kami naik bus Batu 14 Sepilok
1116, Bus Henti-Henti Batu 14 Sepilok
Now atas bus tengah menunggu bus nak gerak ke Sepilok. Tadi lepas landing tunggu sekejap untuk ambil beg. Aku tanya dekat kastam macam mana nak ke Sandakan. Dia kata kena ambil teksi sebab stesyen bus jauh dan terhad. Kami mundar mandir dulu di airport dan ternampak seorang lelaki. Dia duduk di seat depan aku dalam flight. Wife suruh tegur dan tanya sebab sangka dia orang Sandakan. Mana tau dapat tips cara murah untuk ke Kota Sandakan. Oh ya, kalau naik teksi, boleh beli kupon. Pegawai Kastam cakap harga kurang RM30. Kami rasa mahal. Tapi lepas tu baru kami tahu rupanya jauh juga airport dan Pekan Sandakan.
Baik, cerita pasal lelaki jiran dalam flight tu, aku tegur la tanya. Dia jawab dia orang Semenanjung juga. Aku tanya kerja sini?, dia kata ya kerja sini. Jadi aku tanya pasal cara nak ke Sandakan, dia pun fikir naik taksi paling ideal. Ok fine. Aku tanya asal mana sebab slanga dia macam utara. Dia jawab Kedah. Ok fine. Orang kampung. Aku tanya Kedah dekat mana, dia jawab Baling. OMG, ini memang orang kampung. Aku tanya Baling dekat mana, dia jawab dulu dok Kg Haji Abas, sekarang dok Charok Nau. Binggo. Memang orang kampung. Dia kenal Pak Non, Paklong Murthi dan Tok Njang. Itu takpe, good news is yet to coming. Jeng jeng jeng, dia ajak tumpang kawan dia yang nak ambil dia ke Kota Sandakan. Seperti kata pepatah, bagai orang mengantuk disorong bantal, aku setuju saja. Kawan dia orang Sungai Petani. Both of them cikgu mengajar di Sabah. Dia di Lahad Datu, kawan dia di Sandakan. Terima kasih Cikgu Nasri. Orang Baling memang cool.
Sedikit info pasal Sandakan, menurut sejarah, Sandakan pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri Borneo Utara semasa zaman pemerintahan British. Kawasan ini juga pernah menjadi tapak pembinaan padang terbang (airfield) tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Selain itu, Sandakan pernah berada di bawah pemerintahan Sultan Sulu pada awal tahun 1870-an.
Nama Sandakan pula sebelum ini adalah Elopura, yang membawa maksud Bandar yang Indah. Beberapa tahun kemudian, namanya ditukar kembali ke Sandakan. Nama Elopura masih digunakan sehingga sekarang terutamanya nama beberapa buah sekolah dan Dewan Undangan Negeri  ( N.45 Elopura).
Kesan perang dan pemerintahan penjajah luar meninggalkan Sandakan dengan tinggalan bangunan lama yang cukup berharga. Sandakan yang nyaris ranap ketika Perang Dunia Kedua bernasib baik kerana masih terdapat  beberapa buah bangunan pelbagai usia yang masih ada untuk tatapan umum.
Now naik bus henti-henti on the way ke Sepilok. Malam ini kami akan bermalam di Sepilok Jungle Resort. Hanya 5 minit perjalanan ke Sepilok Orang Utan Sanctuary. Ok, ada banyak cara untuk ke sana. Boleh sewa teksi, naik bus atau suruh pihak resort jemput. Cikgu Nasri hantar aku ke stesyen bus local. Kebetulan ada bus ke sana. Kami naik bus itu dengan tambang RM5. Aku rasa over price sebab aku tengok dalam internet sepatutnya RM4 sahaja. Bus ini akan stop dekat semua bus stop walaupun orang tak tahan. Conductor bus akan jerit batu 8, batu 11, batu 14. Atau bila malas dia jerit 8, 11, 14. Kadang-kadang ada orang naik kadang-kadang sepi.
Dalam bus berkenalan dengan seorang Solo Traveller dari Swiss. Dia baru lepas mendaki Gunung Kinabalu. Dia ingat nak lepak di Sandakan seminggu.
Perjalanan sepanjang ke Sepilok ada deretan kedai dan hutan-hutan sahaja. Off dulu, nak tengok scenery.
1340, Banana Cafe and Restaurant
Kawasan sekitar Sepilok Jungle Resort.
Sekarang sedang lunch. Makan di cafe resort ini sahaja. Tadi bus hantar sampai depan pintu hotel. Boleh tahan juga jauh dari main road. Esok kalau nak balik, maybe kena berjalan keluar. Bilik dah booking sebelum ini melalui Agoda. Nama resort ialah Sepilok Jungle Resort. Hanya lima minit perjalanan ke Sepilok Orang Utan Sanctuary. Lepas ambil kunci, terus masuk bilik simpan beg. Kemudian jalan-jalan sekitar resort. Ada pool, ada titi, ada kolam, ada jacuzzi juga. Memang betul-betul tengah hutan. Setakat ni semua guess yang kami jumpa adalah Caucasian. Wife order nasi goreng ayam, aku order nasi goreng nenas. Harga standard hotel. Nasib baik tadi tumpang Cikgu Nasri, dapat jimat budget. Hehe.
*Nak balik ke bilik and rest before tengok feeding Orang Utan at 1500*
1638, Bilik 58 Sepilok Jungle Resort
Siar kaki di Sepilok Sanctuary. Jauh juga untuk ke tempat feeding Orang Utan ini. Jalan kena hati-hati mana tau ada ular lompat dari atas pokok.
Sekarang lepak di bilik. Baru sampai dari tengok orang utan makan. Tadi selesai lunch, balik bilik memang tak sempat rest. Dah hampir 1430 waktu itu. Jadi siap-siap dan mula ke Sepilok Orang Utan Rehab. Perjalanan dari resort ke tempat Orang Utan hanya dalam 5 minit sahaja. Sampai dekat sana, terus beratur untuk beli tiket. RM5 untuk warganegara. RM30 untuk bukan warganegara. Tambahan RM10 kalau bawa kamera. Dari kaunter tiket, kita kena berjalan masuk hutan. Tapi bukan berjalan atas tanah. Mereka sediakan platform kayu macam titi. Jauh juga masuk ke dalam. Ada la dalam 10 minit juga. Itu memang hutan asli. Dengan bunyi unggas dan cengkerik. Agak gelap juga kalau dekat kawasan yang kanopi tebal. Sampai sahaja dekat feeding area, dia letak signboard Senyap (Silent). Aku dan isteri patuh la tapi, ada satu family ni dalam 9 orang semua pakai jersey Spain. Dia punya kecoh macam tengok Euro. Sabar ja la. Nasib baik orang utan datang juga. Oh ya, mereka orang local bukan orang Spain pun.
Gambar ikut clockwise : 1. Orang Utan yang lagi banyak main dari makan. 2. Pintu gerbang ke Sepilok Orang Utan Rehab. 3. Tiket RM5 dan tiket camera RM10.
Dalam pukul 1505, Orang Utan pertama datang. Dia diberikan buah dan susu. Cumanya, aku jangkakan akan ada sekumpulan Orang Utan yang datang. Sebaliknya, mereka datang one by one. Lepas seekor makan dan main lalu pergi. Datang seekor lagi. Pun sama. Makan, main dan pergi. Total semua ada dalam 4 ekor. Ketika yang terakhir sedang menjamu selera, dia telah diserang oleh lebih kurang 12 ekor monyet bontot merah. Baboon maybe. Kesian aku tengok Orang Utan tu terpaksa beralah. Show habis dalam pukul 1600 macam tu. Ada yang balik awal bila tak faham erti penghayatan flora dan fauna. Aku dan wife tunggu sampai team baboon take over tempat Orang Utan. Perjalanan balik melalui platform yang lain. Macam one way la.
Keluar sahaja, kami visit pusat informasi. Ada la dia cerita sejarah Sepilok Rehab ni. Siapa yang asas, Orang Utan – Orang Utan yang senior dan cara nak kekalkan mereka dari pupus.
Aku borak dengan seorang senior yang jaga tempat tu, dia kata now tengah upgrade lagi. Nanti next year akan buka tempat bagi orang awam untuk melihat anak Orang Utan dan Pusat Rehab Beruang. Semua itu next year.
Ulasan aku, jangan expect feeding Orang Utan macam show dekat zoo. Ini bukan zoo tapi rehab centre. Jadi aku rasa mesti ada hari yang Orang Utan tak muncul. Mujur la aku ada 4 ekor muncul. Tiket RM5 itu bukan sekadar tengok feeding tapi termasuk walk way ke sana. Aku rasa kalau kita appreciate alam, jalan pergi dan balik dari tempat feeding adalah sesuatu yang sangat ‘Alami. Chewah.
Ok, balik dari sana terus jalan ke bilik. Now baru nak siap mandi and solat. Malam ini mungkin makan di satu lagi cafe resort ni. Tak bawa pula bekalan makanan. Sini kedai serbaneka pun jauh.
Aku rasa nak wrap la penulisan day 1. Tak payah update lagi malam nanti. Nanti lepas mandi, akan solat dan rest. After Maghrib cari dinner dan malam ini tidur awal. Esok rancangannya akan ke Sandakan pukul 1000 pagi. So kena check out awal lah. Lain-lain nanti la aku maklum. Surprise surprise.

Read more →